Assalamulaikum..
Selamat petag, mesti ramai diantara kita yang mempunyai
masaalah punggung dan paha yang besar. Ada sesetengah orang mencuba pelbagai
cara dan ubat kurus tetapi masaalah punggung besar tetap tidak dapat
diselesaikan. Harini saya ingin berkongsi beberapa cara yang mudah untuk
mengecilkan punggung dan paha. Jom kita tengok:
1. Lakukan Senaman Kardio
Cara terbaik untuk mengecilkan punggung dengan cepat atau
pantas dalah dengan bersenam. Apabila anda melakukan diet makanan berlemak
namun disebabkan anda tidak bersenam, hasilnya tidak akan dapat dilihat dalam
waktu yang singkat. Bahkan, mungkin juga tidak berhasil.
Tambahan pula dengan berdiet tanpa bersenam, berat
‘massa’ tubuh akan turun tetapi tubuh yang telah membesar kemudian kehilangan
‘massa’ beratnya akan jadi menggelebeh yang juga dapat dihilangkan secara
semulajadi dengan bersenam.
Bersenam tidak semestinya harus melakukan aktiviti yang
berat. Usah memaksa tubuh melakukan senaman yang di luar kemampuan tubuh kerana
ia mungkin akan menyusahkan atau menyakitkan diri anda sendiri.
Untuk mengecilkan punggung dengan cepat, anda boleh
melakukan senaman dengan cara yang sederhana dan tidak perlu terburu-buru untuk
ke gym dan sebagainya. Lakukan senaman ringan di atas katil ataupun sofa pun
boleh! Yang penting, anda selesa.
Caranya, posisikan tubuh pada posisi terlentang dan
simpan tangan di sebelah badan. Pilih tempat yang paling selesa untuk melakukan
senaman ini. Kemudian angkat kaki kanan
dan kiri secara bergantian dengan gerakan ke atas dan ke bawah. Lakukan gerakan
ini sebanyak 15 kali.
Kemudian lakukan gerakan seperti mengayuh basikal. Ingat,
dalam senaman jumlah yang banyak tidak bermakna apabila tidak dilakukan dengan
baik. Oleh sebab itulah, lakukan gerakan mengayuh basikal dengan perlahan, tapi
pastikan ia berjaya dibuat sebanyak 15 kali.
Kedua-dua gerakan senaman ini elok dilakukan pada setiap
pagi setelah bangun tidur dan juga pada malam hari sebelum tidur. Jika mahu
atau berasa tubuh sudah mampu untuk melakukannya lebih, jangan lupa untuk
menambah jumlahnya ya!
2. Berjalan Kaki Atau Lompat Tali
Apabila ingin melakukan gerakan senaman lainnya, lebih
baik pilih senaman yang memang untuk
paha dan punggung seperti berjalan kaki atau lompat tali.
Dengan berjalan kaki, secara tidak langsung anda telah
menggerakan punggung anda. Bahkan senaman berjalan kaki juga biasanya tidak
terlalu disedari, namun banyak kebaikannya. Dengan berjalan kaki sebanyak
sepuluh ribu langkah setiap hari, maka kaki, paha dan punggung anda akan menjadi
lebih kecil dan menarik.
3. Jaga Pola Pemakanan
Anda disarankan untuk makan secara teratur. Biar kerap,
tetapi dalam jumlah makananyang sepatutnya.
Perbanyakkan makanbuah dan sayuransegar agar tubuh
mendapat jumlah vitamin dan mineral, juga membantu membakar lemak dalam tubuh.
Hindari pengambilan lemak, karbohidrat serta gula .
Selain itu, anda juga harus perbanyakkan minum air putih.
Biarpun nampak seperti tidak ada kaitannya dengan proses mengecilkan punggung
atau paha, tetapi anda harus ingat ya. Untuk mengeluarkan lemak dan kalestrol
jahat dari dalam tubuh diperlukan metabolisme tubuh yang lancar.
4. Bernafas Dan Cuba Kalahkan Nafsu
Biasanya ketika sedang stres, seseorang itu cenderung
mencari jalan pintas yang juga akan menambah kalori. Jadi, ini bermakn kita
akan membuat pilihan makanan yang lebih baik ketika sedang bersantai! Untuk mengatasinya, cuba lakukan latihan
pernafasan seperti yoga. Ketika sedang rileks, kita tidak akan berasa lapar.
Jika dilakukan secara teratur, anda pasti akan merasakan manfaatnya.
Penjelasan di atas adalah beberapa tips dan cara pantas
untuk anda mengecilkan punggung secara semulajadi. Selamat mencuba dan semoga
anda mendapat bentuk paha dan punggung yang ideal.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


Comments
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]