Assalamualaikum…
Iba bapa sebenarnya tidak perlu khuatir tentang
rangsangan yang perlu diberikan untuk minda anak kerana pada asasnya bayi lahir
lengkap dengan naluri untuk mencari maklumat baru. Tanpa disedari, ketika anda
berinteraksi dengannya, anda sedang mengajarnya secara semulajadi.Ketika anda
sedang membelainya, menyanyi dan berbual dengannya, anda sedang mengajarnya
tentang pelbagai perkara. Jom lihat kaedah yang ibu bapa boleh jadikan panduan
untuk merangsang minda anak anda.
- Berkomunikasi dengan anak
- Menurut Dr.Joan Freeman, professor School of Education,
Universiti Middlesex London, dua perkara paling utama dan penting yang perlu
dilakukan ialah mendengarkan dan mengajak bayi berkomunikasi dengan anda.
-Sebut sahaja benda-benda yang ada di hadapannya,
jelaskan dan bandingkan dengan benda lain. Beri perhatian penuh padanya ketika
sedang berbicara.
- Menyusukan anak
- Lakukan selama mana dan sebanyak mana yang anda boleh,
tetapi biasanya sampai anak berumur 3 tahun masih menyusukan anak.
- Dalam perubatan, digalakkan penyusuan ibu sepenuhnya
selama 6 bulan. Dalam islam pula, 2 tahun.
- Fakta mengatakan kanak-kanak yang disusukan badan
mempunyai IQ yang tinggi, selain itu juga ia merapatkan hubungan ibu dan anak
semasa didakap ke dada.
- Bermain dengan anak anda
- Ibu bapa boleh bermain permainan yang menguji minda
anak seperti ‘playdough’ ia boleh jadi seperti bola, cawan atau sebagainya.
- Membawa si kecil bermain di pasir pantai dengan itu
deria rasanya akan meningka,anak boleh bermain pasir dan juga bermain air.
- Mendengar Al-Quran dan berzikir
- Seperti mendengar muzik juga, apabila si kecil
mendengar alunan Al-Quran ia akan membuatkan jantung si kecil menjadi normal.
Apabila si kecil menangis ia akan senyap dan berada dalam keadaan tenang.
- Ibu, bapa, kakak, abang boleh mengamalkan zikir kepada
bayi apabila menyusu, menidurkan bayi, bermain dengan bayi atau sebagainya.
Secara tidak langsung bayi akan gembira mendengar rentak zikir yang
didendangkan.
- Contoh zikir ialah Subhanallah, Alhamdulilah,
Walahillah, Allahu Akhbar dan sebagainya.
Kesimpulannya, ibu bapa tidak harus mensia-siakan saat
bersama dengan anak, kerana tiga tahun pertama kehidupan anak adalah masa
emasnya dan masa inilah otak anak anda berkembang pesat.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


yer baby memang bijak... rindu pulak bau baby nih :)
ReplyDeletesalam perkenalan