Assalamualaikum…
Lemon memang kaya dengan magnesium, karbohidrat,
potasium, asid sitrik, kalsium dan Vitamin B serta C. Jadi tidak hairanlah jika
jus lemon mempunyai banyak khasiat yang tersembunyi. Ia digunakan dalam
perubatan, masakan, makmal eksperimen dan juga agen pembersih. Secara turun
temurun, buah lemon sememangnya terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan dan
juga kecantikan.Jom saya kongsi beberapa sebab mengapa anda perlu jadikan buah
lemon sebagai ‘teman baik’ anda untuk menjaga kecantikan dari hujung rambut ke
hujung kaki.
Baik Untuk Perut
Lemon boleh membantu melegakan rasa mual, mulas dan juga
membantu dalam proses pencernaan. Ia bertindak sebagai pencuci atau pembersih
bagi kotoran yang ada dalam perut. Apa yang anda perlu lakukan ialah, campuran
jus lemon yang diperah dengan air suam dan kemudian minum. Mudah, cepat dan
sedap! Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan
mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu
hati.
Cegah Nafas Berbau
Jus lemon sangat membantu dalam mencegah dan
menghilangkan nafas yang berbau. Ia akan membuatkan mulut kita menjadi lebih
segar dan wangi. Anda boleh berkumur dengan jus lemon yang diperah atau
campurkan dengan air suam dan minum. Selain itu, anda juga boleh mengunyah
hirisan lemon selepas waktu makan untuk meneutralkan semula bau nafas dan mulut
anda. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh
membantu mengurangkan bau badan.
Terbaik Untuk Penjagaan Kulit
Lemon, merupakan ubat antiseptik yang semula jadi, ia
boleh digunakan untuk mengubati masalah-masalah yang berkaitan dengan kulit.
Lemon ialah buah sitrus yang kaya dengan vitamin C, ia boleh meningkatkan
kecantikan dengan meremajakan kulit dari dalam. Ia membuatkan wajah lebih
berseri-seri serta bertindak sebagai ubat anti-penuaan. Dapat menghilangkan
kedut dan bintik hitam. Air lemon jika digunakan di kawasan kulit yang melecur
boleh memudarkan parut kerana lemon merupakan agen penyejuk yang boleh
mengurangkan kesan lecuran pada kulit.
Membantu Pengelupasan Sel Kulit Mati
Buah lemon mengandung AHA (Alpha-Hidrocxy Acid) yang
dapat membantu dalam pengelupasan sel-sel kulit mati. Perah buah lemon dan
ambil air perahannya, celupkan kapas pada air perahan buah lemon dan sapukan di
seluruh wajah setelah dibersihkan. Biarkan selama 10 minit dan bilas. Kulit
wajah anda akan kelihatan bercahaya dan terasa lembut.
Melembutkan Kulit Pada Siku
Kulit pada siku biasanya kering dan berwarna hitam, untuk
membuat kulit di bahagian siku kelihatan
bersih dan lembut lakukan perawatan dengan buah lemon. Hiris buah lemon menjadi
dua bahagian, gosokkan hirisan buah lemon tadi ke bahagian siku dan biarkan
selama 10 minit dan bilas dengan air.
Pembersih Darah
Penyakit seperti malaria dan kolera boleh juga diubati
dengan mengamalkan minum jus lemon segar kerana lemon juga bertindak sebagai
pembersih darah. Amalkan petua ini sehingga anda menampakkan kesannya.
Dewasa dan kanak-kanak (70 kg ke bawah) : Perah separuh
lemon dan campurkan dengan segelas penuh air suam. Minum dua kali sehari.
Dewasa (70 kg ke atas) : Perah satu biji lemon dan
campurkan dengan segelas air penuh air suam dan minum dua kali sehari.
Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan
‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja
untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih
bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
‘Limonoid glucosides’ adalah sejenis flavonoid yang ada
dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh
membantu mengelak barah.
Air lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang
membantu menghadam lemak degil.
Rawatan Kulit Berjerawat
Lemon dan jerawat? Dalam fikiran anda mesti pedih bukan?
Kesan pedih itu hanyalah untuk seketika sahaja. Ia bertindak untuk membunuh
bakteria yang ada sebelum mengecutkan jerawat tersebut. Lemon mengandungi asid
sitrik yang mampu merawat jerawat dan kandungan alkalinya mampu membunuh
sesetengah bakteria yang menjadi punca jerawat. Selain daripada meminum jus
lemon setiap pagi, anda boleh sapukan jus lemon sebenar pada kulit yang
berjerawat dan tinggalkan semalaman. Untuk masker, anda boleh campurkan jus
lemon dengan madu dan lumurkan pada kulit muka. Rawatan kulit muka dengan lemon
mampu mengekalkan seri wajah.
Membantu Dalam Penjagaan Gigi
Air lemon boleh juga digunakan dalam penjagaan gigi. Jika
jus lemon segar digunakan pada bahagian gigi yang sakit, ia boleh membantu
mengurangkan kesakitan. Urutan jus lemon pada gusi juga boleh menghentikan
pendarahan gusi. Ia memberikan kelegaan daripada bau busuk dan masalah-masalah
lain yang berkaitan dengan gusi.
Kuku Kuat dan Tangan Cantik
Untuk mendapatkan kuku yang kuat dan bersinar, rendam
jari anda di dalam jus lemon selama 10 minit. Selepas itu, berus kuku anda dan
rendamkan semula di dalam air suam yang dicampurkan dengan sedikit cuka.
Setelah itu, bilas jari anda dengan air suam. Lakukan seminggu sekali untuk
melihat kesannya.
Menurunkan Berat Badan
Jus lemon membantu penghadaman dan merangsang hati untuk
menyingkir kekotoran di dalam sistem badan anda. Ini boleh membantu anda
mengurangkan berat badan. Minum segelas jus lemon suam yang dicampurkan dengan
madu setiap hari dan jadikannya amalan sekiranya anda mahu mengurangkan berat
badan.
Masalah Rambut Nipis Dan Berkelemumur
Menyapu dan mengurut jus lemon ke atas kepala anda mampu
melancarkan peredaran darah untuk merangsang pertumbuhan rambut. Bukan itu
sahaja, sekiranya anda membiarkan jus lemon di atas kulit kepala selama 10
minit selepas mencuci rambut, ia mampu mengurangkan kelemumur dan menjadikan
rambut anda lebih bersinar.
Merawat Sakit Tekak
Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh
membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk
air lemon dalam beberapa jam. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau
lendir dan kahakyang terhasil dalam badan.
Mengawal Tekanan Darah Tinggi
Air lemon sangat baik kepada mereka yang mempunyai
masalah jantung, disebabkan oleh kandungan kalium yang tinggi. Ia mengawal
tekanan darah tinggi, pening, loya serta memberi kelonggaran kepada minda dan
tubuh badan. Ia juga mengurangkan tekanan mental dan kemurungan.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


Comments
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]