Assalamualaikum…
Ramai yang bertanya saya, ada tak vitamin yang
mempunyai kebaikan dari hujung rambut
sehingga hujung kaki. Dan pada masa yang sama vitamin terebut mestilah mesra
poket, atau lebih mudah kita sebut jimat.
Vitamin C memenuhi criteria-kriteria diatas. Ini kerana
sebebotol vitamin C boleh diguna selama 6 bulan, dan vitamin mempunyai pelbagai
kebaikan kepada kita. Jadi tidak hairan lah jika vitamin C merupakan vitamin
yang paling popular dari vitamin lain.
Vitamin C Shaklee juga sangat istemewa kerana mengandungi
Bioflavonoids. Selain itu Vitsmin c Shaklee juga bersifat Sustained Releases
(KLIK sini untuk keterangan lanjut)
25 Kebaikan Vitamin C-PLUS
1. Imunisasi / Daya Tahan Badan
Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari
jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga
meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara
dari bakteria, virus dan jangkitan.
Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia
diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung.
Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi
kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.
2. Demam Biasa
Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak
sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari
demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal
alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya
mempercepatkan baik demam.
3. Anti-oksida
Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan
berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan
oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang
tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan
strok.
4. Tekanan Darah Tinggi
Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan
mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga
masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.
5. Saluran Darah
Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan
baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis,
kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.
6. Keracunan plumbum.
Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah
secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama
di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan
tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami
kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.
7. Untuk Kurus
Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan
mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan
diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang
menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan.
Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh
merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada
lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.
8. Tekanan
Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan
mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.
9. Katarak
Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi
dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata
menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta
dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang
katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh
mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.
10. Barah
Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel
dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa
panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu
terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah
termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C
juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat
baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan
fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.
11. Tenaga.
Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua
keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu
fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.
12. Sakit Jantung
Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan
menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan
pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh
menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi
dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita
dari terkena sakit jantung dan strok.
13. Diabetes
Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C
kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan
memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam
sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.
14. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai
risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan
penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.
15. Perlindungan dari matahari
Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang
terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok.
Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan
terdedah kepada cahaya matahari.
Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh
radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka
masa panjang.
16. Penghasilan Kolagen
Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine,
2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit
jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan
dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan
kedutan dan tanda penuaan.
17. Penyembuhan Luka
Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang
rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh
adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan
mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.
18. Melindungi dari perubahan warna kulit
Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang
menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia
juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama
penghasilan melanoma(masalah kulit).
Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan
tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.
19. Memperbaiki tekstur kulit.
Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang
baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada
bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat.
Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang
mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.
Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan,
melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan
kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.
20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut
Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi
punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut
kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut
Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan
kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan
rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu
pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan
radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup
dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.
Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak
mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.
21. Melawan Kelemumur
Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan
kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat
dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas
kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan
sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C
ada ciri-ciri anti-viral.
22. Mengurangkan Keguguran Rambut.
Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting
untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh
kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.
23. Rambut yang lebat
Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan
menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan
lebat.
24. Melawan Masalah Rambut
Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan
melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh
mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.
25. Mengelak dari Uban
Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan
membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan
pada rambut.
Jika anda ingin membuat sebarang pesanan atau pertanyaan
boleh hubungi saya seperti dibawah ini:
KHAIRULDIYANA BT MOHM ZAINI
SHAKLEE id : 1066543
♥ Sms/WhatsApp/Wechat : 011-39260329
♥ Emel : khairul_diyana83@yahoo.com
♥ Fb : https://www.facebook.com/khairuldiyana.diyana
♥ Page : https://www.facebook.com/diyana83
♥ Page :
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminpadangserai
Jika anda pemegang Kad Kredit dan Kad Debit, anda juga
boleh membuat belian sendiri untuk VITAMIN C PLUS dengan KLIK dibawah ini.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.




Comments
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]