Assalamulaikum..
Alhamdullilah, awal pagi semalam adik ipar saya selamat
melahirakan seorang bayi lelaki. Bila ada kelahiran perkara utama yang akan
kita fikirkan selain kelenkapan ialah nama. Ini kerana nama seseorang manusia
adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar
dikenali dan dipanggil.
Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh.
Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label
untuk dirinya sampai bila-bila.
Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik,
dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja,
orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab)
menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.
Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang
lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti
berikut:
1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang.
Pepatah (Arab)
menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’.
Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang
hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang
mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.
2) Waktu memilih nama.
Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat
kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa
tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.
3) Siapakah yang berhak memberi nama
Jika kedua-dua ibu
bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala
mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika
kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama
yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan
nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama
anak-anak mereka.
4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya
Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud,
“Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.
5) Pilihan nama yang baik
Nama yang baik ialah nama yang
sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan
ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama
yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.
6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik,
dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.
7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram
Seperti:- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.
8) Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh
Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.
9) Menukar kepada nama yang baik.
Jika ditakdirkan
seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama
yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis
disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik.
Direkod oleh Tirmizi.
Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan
dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


Comments
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]