Assalamualaikum…
Jerawat amat membimbangkan setiap orang. Ini kerana bukan
sahaja muka kelihatan tidak cantik akibat masaalah jerawat tetapi kesan parut akibat
dari masaalaalah jerawat juga menyebabkan muka kita kelihatan hodoh.
Banyak krim dan ubat-ubat yang terdapat dipasaran bagi
mengatasi masaalah parut jerwat. Tetapi ada sesetengah orang tidak sesuai
dengan penggunaan krim dan ubat-ubatan menyebabkan parut dimuka bertambah
hodah.
Jika anda adalah golongan diatas, Jangan risau kerana
anda boleh menggunakan petua tradisional untuk menghilangkan parut jerawat
tersebut. Yang pasti ia selamat diamalkan.
Petua untuk menghilangkan parut jerawat
- Ambil sedikit madu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya dua hari sekali.
- Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat dan amalkan selalu.
- Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
- Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
- Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
- Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat . Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Semoga petua-petua ini dapat membantu anda bagi mengatasi
masaalah parut jerwat. Selamat mencuba.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


Comments
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]