Assalamualaikum…
Aduhaiiiiii… sakitnya kalau ulser mulut. Nak makan apa
pun tak boleh. Minum air pun rasa pedih saja sampaikan meleleh air mata. Yang paling
tak tahan nak bercakap pun rasa susah saja. Betul tak mesti ramai yang pernah
jadi kan. Jom kita ketahui petua untuk menghilangkan ulser mulut atau “mata
ikan” ini.
Tanda-tanda ulser mulut
- Tanda-tanda bulat berwarna putih atau kuning dan dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah.
- Ulser ini selalunya tidak melebihi daripada dua atau tiga mm besarnya.
- Sakit pada bahagian yang dijangkiti terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.
Punca terjadinya ulser mulut
- Kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
- Daya menahan sakit yang lemah.
- Kekurangan zat dalam makanan yang diambil terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi.
- Tekanan perasaan (stress) akibat tugasan yang terlalu banyak atau peperiksaan semakin hampir.
- Alahan kepada makanan seperti nanas dan sebagainya.
- Penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
- Pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).
- Kesan daripada radioterapi dan kimioterapi.
Petua merawat ulser mulut
- Air garam
Ini adalah cara tradisional dan pilihan ramai sejak dulu
lagi. Anda boleh berkumur dengan air garam selama dua atau tiga kali sehari
untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di mulut.
Cara ini merupakan cara untuk ulser mulut anda sembuh
dengan cepat, namun anda perlulah menahan sakit ketika berkumur. Air garam juga
dipercayai dapat mengurangkan jangkitan pada mulut.
- Air baking soda
Anda boleh mencampurkan air dan baking soda dan
diletakkan di bahagian ulser. Perlahan-lahan ia akan mengurangkan diameter luka
terbabit.
- Air kelapa
Berjemur di bawah panas atau bekerja di lokasi panas
matahari boleh menyebabkan suhu tubuh panas berlebihan.Air kelapa dipercayai
dapat menurunkan suhu badan menjadi lebih sejuk. Selain dapat menstabilkan suhu
dan menyembuhkan ulser,ia juga bagus untuk kesihatan.
- Marjerin
Mungkin anda tidak tahu bahawa marjerin mampu mengubati
ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan marjerin di ulser tersebut dan marjerin
itu akan cair. Amalkan selalu sehingga ulser tersebut sembuh. Petua ini sesuai
untuk kanak-kanak kerana tidak menyakitkan mereka.
- Madu
Madu sangat berkesan untuk mengubati ulser mulut. Anda
hanya perlu letakkan madu di ulser tersebut sekaligus menyebabkan ulser
tersebut semakin mengecut. Petua ini juga sangat sesuai dengan kanak-kanak.
Mudah dan senang saja kan petua-petua yang kita boleh
cuba untuk mengurangkan ulser mulut. Jadi lepas ni tak perlu kita risau lagi
jika terjadi ulser mulut, cuba salah satu petua diatas. Insyaallah semoga dapat membantu kita semua.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


gud petua nie..boleh cuba la
ReplyDeleteSakit.......
ReplyDeletegood sharing info..anak saya dah 2 hari kena...
ReplyDeleteJemput singgah blog saya
nadiamuba.blogspot.com
good sharing info..anak saya dah 2 hari kena...
ReplyDeleteJemput singgah blog saya
nadiamuba.blogspot.com
Perit betolll
ReplyDeleteTrbaik..!!. Petua ni... Ku try yg air garam, sakit weii... Tp resultny memang kan smbuhlh.... Lau tahan lh.... :-P :-P
ReplyDeleteSuami sy selalu kena...good info
ReplyDeleteSuami sy selalu kena...good info
ReplyDeleteThank u sakit ssgt ='"(
ReplyDeleteKalau aku tak kumur air dia. Aku letak garam yg ketul2 tuh je. Dia punye pedih. Allah je thu. Tapi alhamdulilah lah cepat je ulser tuh baik
ReplyDeleteklu bby bwh sebln nk gna pa?
ReplyDeleteklu bby bwh sebln nk gna pa?
ReplyDeleteLetak benjola
ReplyDeleteLetak benjola
ReplyDeletepedih giler tu bonjela .sy pn tk sggup
ReplyDeleteletak ubat gigi oke tak?
ReplyDeleteOn je ubat gigi
Delete