petua redakan anak demam


Assalamualaikum…

Sekarang ni cuaca panas kan.. ada sesetengah tempat tu sampai berjerebu.. Apapun kita patut bersyukur sebab mampu lagi bernafas di bumi Allah ni. Alhamdullilah…
Cakap pasal jerebu ni mesti ramai yang tak sihatkan. Maklum la bila kita hidu udara yang tercemar dengan habuk dan asap mesti peyakit pun mudah mengundang. Terutamanya anak kita yang masih kecil tu. Demam,selesema, batuk mesti menyerangkan dalam cuaca yang sebegini.
Ibu dan bapa yang bekerja tu mesti risau nak tinggal anak-anak kepada pengasuh bila anak demam kan. Setengah tu dah bagi  makan macam-macam ubat tapi suhu tetap tak mahu turun jugak. Jadi harini saya nak kongsi beberapa petua tradisional untuk menurunkan suhu badan anak-anak kita yang demam.



1.    Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas sehingga hancur. Kemudian sapukan di kepala dan ubun-ubun bayi atau anak kecil. Ulang beberapa kali sehingga demam anak berkurangan.

2.    Beri anak kecil minum air kelapa muda dua kali sehari. In shaa Allah, panas badannya akan turun.

3.    Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam.

4.    Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepal. Biarkan air asam jawa itu kering dengan sendir. Lakukan berulang kali sehingga suhu panas berkurangan.

5.    Ambil beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbuk kesemua bahan sehingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Sapukan pada kepala anak. Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.

6.    Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut dan parutan itu ditempekkan ke dahi bayi atau anak kecil yang demam. Bila parut sudah kering, gantikan dengan yang baharu sehingga suhu turun ke paras biasa.


Jadi lepas ni kalau anak-anak kita demam tu, mommies-mommies semua cuba petua ni pulak yea.. mana nak tahu kan anak-anak kita dapat sembuh dengan izin Allah S.W.T.










Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan dibimbing FROM ZERO to HERO..


Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.



Comments