Assalamualaikum…
Petang semalam Lydia nagis-nagis nak makan karipap. Nak beli yang dah siap, dia xnak pulak. Dia cakap nak karipap yang mama buatakan.. baiklah saying, demi untuk anak mama yang super sibuk pun terpaksa buatakan juga.
Tadaaa…. Ni la rupanya karipap yang Lydia nak makan. Hehehe…
jangan tertipu yea, ni gambar ehsan pakcik Google jer. Tak sempat mama ambik
gambar, dah licin sepinggan karipap Alya dan Lydia makan. Jom saya share resipi
karipap yang sangat mudah ni, bolah korang cuba kat rumah nanti.
Untuk 10 biji karipap
Bahan-bahan inti
- 3 biji kentang bersaiz besar (buang kulit & potong dadu kecil2)
- 1 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 5g udang kering
- Daging cincang (ikut kesukaan yer)
- Daun sup (dicincang)
- Serbuk kari (bancuh dengan sedikit air)
- 2 cawan air
- Serbuk perasa
- Sedikit garam & gula
Bahan doh
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 50g mentega
- air (ikut kesesuaian masa menguli doh)
- secubit garam
Cara-cara (inti)
1. Tumbuk bawang merah & bawang putih & udang
kering hingga lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas,
masukkan bawang yang telah di tumbuk. goreng hingga kekuningan & naik bau.
3. Kemudian masukkan daging cincang, goreng sebentar. kemudian
masukkan kentang, bancuhan serbuk kari & air. Gaul rata & biarkan
sehingga kentang lembut dan kering sedikit.
3. Bila inti dah kelihatan kering, masukkan secukup rasa
garam & gula & serbuk perisa (jika suka).
4. Tutp api dan masukkan dalam bekas & biar sejuk.
Cara-cara doh
1. Ambil mangkuk bersih, masukkan tepung gandum dan
garam, gaul rata.. Buat lubang di tengah-tengah, masukkan mentega dan air
sedikit.
2. Gaul semua bahan tadi hingga menjadi doh. Jika doh
masih lembik, tambah kan tepung sedikit & jika doh jadi terlalu liat, boleh
tambah sedikit air. Pastikan doh mudah di gelek dan tidak melekat.
Cara Keseluruhan:
1. Gentel bulat-bulat doh tadi dalam sukatan 30g.
2. Gelek dengan penggelak dalam bentuk membuat dengan
tahap kenipisan 0.2cm
3. Masukkan inti dan tutup dan picit untuk menutupkannya,
kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng. Boleh juga kelim
kulit menggunakan pelekap yang boleh didapati di kedai bahan bakeri. Jika dah
mahir, boleh la melekatkannya menggunakan jari.
4. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga
kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.
Note: Kalau malas nak goreng semua, boleh jadikannya
sebagai frozen. Balut setiap sebiji dengan plastik yang berasingan agar ia tak
melekat antara satu sama lain. Simpan dalam bekas tertutup dalam freezer.
Senang saja kan… selamat mencuba…
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


Comments
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]