Assalamulaikum…
Tadi tengok-tengok gambar kat geleri, tiba-tiba terjumpa
gambar diatas ni. Nyum.. nyumm… sedap kan, dah lama tak buat Kek Coklat Moist
nie. Rasa macam nak cari bahan-bahan untuk baking la esok.
Terlanjur dah
bercerita pasal Kek Coklat Moist ni, saya nak konsi resipi Kek Coklat Moist
yang sangat mudah. Insyaallah mesti menjadi. Jom kita tengok bahan-bahan dan
cara untuk membuatnya.
Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus( Menggunakan sukatan cawan )
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis
Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus
- Campurkan bahan A ke dalam periuk atau kuali. Kemudian masak bahan A tersebut diatas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
- Dalam bekas lain, ayak Bahan B ( tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat).
- Pukul telur hingga kembang.kemudian masukan esen vanilla.
- Masukkan campuran bahan A tadi kedalam adunan telur.
- Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran bahan B, Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
- Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
- Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
- Kukus kek selama 1 jam.
Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus
Bahan-bahan
1 cawan susu pekat manis
3 sudu makan serbuk koko
Cara membuat topping
- Masukan susu pekat dan serbuk koko kedalam mangkuk. Kemudian kacau sehingga sebati
- Tuangkan topping keats kek yang telah disejukan
Siapppppp!!!! Senangkan cara membuat Kek Coklat Moist ni.
Tutup mata pun rasanya ramai yang boleh buat. Selamat mencuba.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


Comments
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]