Assalamualaikum…
Bangun pagi tadi rasa mata kanan asyik berkedip-kedip
saja. Kenapa ye, selulunya selalunya
sekali atau dua kali ja rasa, tapi rasanya dah lebih 5 kali. Ada orang
mengatakan mata berkedip ini ada kaitan dengan hati dan perasaan kita. Malah
ada juga yang cuba ‘meramal masa depan’ dengan mengatakan akan terjadi sesuatu
yang tidak kita sangkakan, sama ada perkara itu baik atau tidak baik. Cari
punya cari, dapat la info pasal mata berkedip ni. Jom saya kongsi info ni
dengan korang semua.
Mitos mata berkelip
Berikut merupakan antara mitos tentang mata berkedip:
- Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – akan berjumpa dengan orang jauh atau akan mendapat berita baik.
- Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira.
- Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah mahu berjumpa dengan anda.
- Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik/musibah).
Sebab sebenar kenapa mata berkelip-kelip
1. Stress
Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan,
reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah berkaitan dengan
ketegangan mata. Oleh itu anda disarankan untuk mengurangkan punca stress atau
tekanan bagi mengelak daripada berlakunya mata berkelip.
2. Terlalu Penat
Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau
sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang
mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.
3. Ketegangan Mata
Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa
mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang
baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan. Situasi ini
akan menyebabkan mata berkelip. Anda disarankan membuat pemeriksaan mata untuk
mendapatkan kuasa kacamata yang baru.
Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu
menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada
jangka masa yang lama anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk
pengguna komputer.
4. Kafein dan Alkohol
Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein atau
alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah mata berkelip.
5. Kekeringan Mata
Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai
masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada
pengguna komputer,pengambil ubat(antihistamin,antidepressant)dan pemakai kanta
sentuh.
6. Alergi
Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami
simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok,
akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan airmata. Histamin boleh
mengakibatkan mata berkelip. Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata
atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan mata berkelip.
Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan mata kering. Oleh itu, cuba dapatkan nasihat
doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.
Apa yang dapat saya simpulkan, kejadian mata bekelip ada
sebab yang tersendiri, anda diingatkan supaya tidak terlalu memikirkan
kata-kata atau ramalan orang dulu-dulu ini.Nanti terpesong pula akidah kita dan
boleh membawa kepada syirik. Apa yang penting, kita kena sentiasa berdoa
memohon pada Allah SWT agar dijauhkan daripada segala bencana dan bahaya.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


Bahaya berkelip ni heheheh
ReplyDelete