Tips Decorasi Rumah kecil


Assalamulaikum…


Rumah kalau besar mana pun, kalau kita tak pandai nak hias tak guna juga. Akan tetapi jika kita pandai buat hiasan dalaman atau dekorasi ruang, rumah kecil pun boleh  dijadikan kelihatan luas. Jadi, hari ni aku nak kongsi 5 tips untuk dekorasi rumah kecil.


Cara-cara Dekorasi Rumah Kecil


Tips 1: Bermain Dengan Warna

Tanyalah mana – mana pun pakar hiasan dalaman, warna adalah elemen yang sangat penting dalam dekorasi rumah ni. Kalau anda pandai pilih dan adunkan warna ni, rumah anda yang kecil akan kelihatan luas. Warna yang sesuai untuk jadi pilihan adalah, putih, krim, hijau muda atau biru langit. Sementara warna yang tidak digalakkan adalah warna-warna gelap seperti hitam, biru gelap, atau perang tua.

Tips 2 : Letak Cermin 

Penggunaan cermin yang efektif juga boleh membuatkan ruang rumah anda anda yang kecil kelihatan besar. Letak beberapa cermin yang bersaiz agak besar pada kedudukan yang strategik sama ada di dalam bilik atau di ruang tamu. Jika kena pada gayanya, rumah kecil akan kelihatan lebih besar.

 Tips 3 : Guna Perabot Secara Bijak

Jangan sangka kalau guna perabot kecil kita boleh jimatkan ruang. Sebaliknya ia akan menyempitkan lagi ruang rumah kita kerana terpaksa menggunakan banyak perabot kecil tersebut. Seeloknya, gunakan perabot besar tetapi mempunyai ‘compartment’ yang banyak. Ini dapat menjimatkan penggunaan perabot sekaligus menjadikan ruang rumah kita bertambah luas.

Tips 4 : Pencahayaan yang Baik

Teknik pencahayaan yang baik juga boleh menjadikan ruang yang sempit kelihatan luas. Elakkan dari menggunakan langsir yang berwarna gelap atau tidak telus cahaya. Sebaliknya gunakan langsir yang berwarna cerah. Jika ada bajet lebih, anda boleh gunakan blinds ataupun sheer.

Tips 5 : Gantung Lukisan / Artwork Besar

Satu lagi tips dekorasi rumah kecil yang boleh diamalkan adalah dengan menggantung lukisan atau artwork yang bersaiz besar. Rahsianya adalah lukisan atau artwork yang bersaiz besar akan membuatkan dinding rumah kita kelihatan lebih besar. Ini sekaligus menjadikan ruang rumah kelihatan lebih luas.



Kesimpulannya, tak perlu rumah besar atau guna banyak perabot untuk menjadikan rumah kita lebih luas. Sebaliknya, amalkan 5 tips dekorasi rumah kecil di atas untuk menjadikan rumah yang kecil lebih luas.












Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan dibimbing FROM ZERO to HERO..


Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


Comments