Assalamulaikum…
Mesti ramai
dikalangan kita bersemangat untuk kurus
kan. Dari semalam dah pasang azam “esok nak diet, aku mesti kurus”. Tapi bila
keesokan harinya semangat tu hilang entah kemana. Dan yang lebih parah ada sesetengah orang
semangat nak diet, dari pagi sanggup berlapar, tapi bila waktu makan tengahari,
makan lebih dari biasa akibat amalan diet yang salah. Hasil bacaan saya
terdapat beberapa cara yang boleh kita ikut untuk mengawal nafsu makan kita
dengan lebih berkesan. Antaranya ialah :
1. Minum air
putih dengan lebih banyak
Ramai di antara kita yang tidak dapat membezakan antara
rasa lapar dengan dehidrasi.
Adakalanya anda merasakan perut kosong dan menganggapnya
sebagai rasa lapar. Anda kemudian mengambil makanan yang sebenarnya tidak
diperlukan oleh tubuh. Untuk
mengatasinya, anda harus selalu bersedia dengan air putih sebagai ‘jalan
selamat’ jika anda terasa ‘lapar’.
2. Bersenam
Buang jauh-jauh anggapan sebahagian orang bahawa bersenam
hanya akan membuatkan anda berasa semakin lapar; bersenam justeru akan membantu
mengurangi nafsu makan.
3. Jangan lambat
bersarapan
Dalam menjalani aktiviti harian anda, sarapan sangat
penting. Jadi, jangan lengah-lengahkan
waktu sarapan pagi. Jika anda tidak bersarapan, anda akan berasa sangat lapar.
Kesudahannya, anda akan menmakan
tengahari dengan jumlah lebih banyak. Perkara ini tidak baik bagi tubuh. Dengan
bersarapan, maka metabolism tubuh anda akan bekerja lebih awal, dan membuatkan
anda berasa lebih lama kenyang.
4. Pengambilan protein
ketika sarapan
Protein membantu anda mempertahankan energi dan tenaga
untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Oleh sebab itulah, sebaiknya ambil
makanan yang rendah kalori namun berprotein tinggi ketika bersarapan pagi.
5. Pengambilan teh
Anda gemar ‘makan-makan’ , terutama makanan ringan
seperti kerepek atau coklat pada petang hari atau ketika anda berasa
bosan/stress? Ganti kebiasaan ‘makan-makan’ dengan minum teh hijau panas.
Ekstrak teh hijau akan meningkatkan ‘norepinefrin’(hormone yang meningkatkan
pengeluaran kalori) pada taraf sel sehingga pengeluaran kalori dapat
ditingkatkan. Selain itu, teh hijau juga dapat meningkatkan metabolism lemak,
pengeluaran kalori dan penurunan berat badan.
6. Makan dengan
teratur
Makan besar dengan jumlah yang banyak sekali atau dua
kali dalam sehari menjadi satu kesalahan, Yang penting, adalah makan dengan
teratur tiga hingga empat kali sehari, namun dengan jumlah yang sedikit.
Perkara ini akan menghindarkan anda daripada sering berasa lapar, yang biasanya
akan membuatkan anda makan lebih banyak.
Nampak senang dan mudah bukan cara-cara untuk untuk
mengawal nafsu makan. Tetapi untuk untuk kita konsisten mungkin agak susah. Jadi
untuk kita mestilah perlu betul-betul
konsisten untuk mendapatbentuk badan yang menarik dan sihat.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


Terbaik!! Saya suka makan
ReplyDelete