Assalamualaikum…
Hidup sihat datangnya daripada pemikiran yang sihat.
Program diet yang berjaya adalah diet yang berdisiplin. Anda harus ubah segala
pemikiran negatif dengan menanamkan fikiran yang lebih positif.
Setelah anda berjaya menanam fikiran positif itu ke dalam
diri, barulah anda boleh berjuang mengikut tips nak kurus, sihat dan langsing
dalam masa kurang dari sebulan. Niat dan diet yang bersungguh-sungguh perlu
juga ada supaya ia boleh diterapkan sebagai sebahagian daripada gaya hidup
sihat anda setiap hari.
Tips nak kurus Pantas
1. Bebas Gula
Gula adalah zat yang menyebabkan tubuh mengeluarkan hormon
insulin sangat tinggi yang dikenali sebagai ‘insulin spike’. Tubuh menghasilkan insulin agar gula boleh segera masuk ke dalam
sel tubuh. Apakah minuman yang mengandungi ‘kosong’ kalori? Ada tiga jenis minuman yang tidak mengandungi
kalori, iaitu air putih, teh tawar dan kopi tanpa gula. Air putih hanya
mengandungi mineral dan bebas daripada unsur gula.
Manakala teh tawar pula hanya mengandungi beberapa zat
kimia yang semuanya tidak mengandungi unsur gula. Teh yang tidak diletak gula
baik untuk anda yang sedang menjalani program diet.
Begitu juga dengan kopi tanpa gula, bebas tanpa kalori.
Rasa kopi yang cenderung pahit menyebabkan ramai yang tidak sanggup untuk
meminumnya tanpa gula.
2. Beralih ke
karbohidrat kompleks
Karbohidrat kompleks adalah karbohidrat yang kaya dengan
serat, bermakna pelepasan gula darah akan stabil. Contohnya, beras merah, roti
gandung, kentang dengan kulitnya. Beras merah mengandungi vitamin B kompelks
dan serat yang penting untuk proses pengolahan energi dan penghadaman.
Energi kita akan lebih stabil seharian, lebih energetik,
produktif dan stamina tinggi. Karbohidrat kompleks lebih sukar disimpan sebagai
lemak, untuk itu lebih sihat … lebih langsing dan berkhasiat mengurangi
selulit. Dengan pengambilan karbohidarat yang kompleks, mood juga menjadi lebih
baik.
3. Makan Buah-Buahan Sebelum Makan
Jajan yang terbaik
untuk tubuh adalah buah-buahan. Dalam sehari, setidaknya ada harus mengambil
dua jenis buah, untuk dimakan tiga kali sehari.
Makan buah sehari sepiring penuh, usus seperti dicuci,
secara automatic metabolism tubuh juga akan naik. Kenapa mesti diambil sebelum
makan? Tujuannya adalah kerana, perut terisi terlebih dahulu, jadi kalori yang
masuk menjadi lebih sedikit. Vitamin dan mineral yang masuk itu akan membantu
proses pengolahan sumber energi yang dimakan.
4. Bebas Minyak Gorengan
Kadar lemak tepu yang dihasilkan melalui proses
penggoreng akan menimbulkan peningkatan kadar kolesterol jahat dalam darah. Kolesterol
jahat inilah yang mengundang penyakit jantung, hipertensi dan lain-lain lagi.
5. Bersenam
Tidak semestinya anda harus ke gym dan tidak perlu
melakukan aktiviti ekstrem pada setiap hari. Pilih senaman apa sahaja yang
membuatkan anda bahagia. Paling kurang, berjalan kaki di sekeliling rumah,
pergi ke kedai , itu pun sudah boleh dianggap sebagai senaman.
Apa yang dapat kita simpulkan disini proses mengurangkan
berat badan bukan satu pekara yang mudah untuk kita ikut. Mereka yang mempunyai
fikiran yang positif dan semangat kental untuk kurus sahaja akan Berjaya akhirnya.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


Comments
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]