Assalamulaikum…
Jangan sekali-kali anda memandang ringan kanser payudara. Sekalipun dalam sejarah keturunan
keluarga anda tidak ada yang mengalaminya, kerana kanser payudara ini tetap
boleh mendatangi anda. Pelbagai faktor
boleh menjadi penyebabnya, bukan setakat disebabkan ‘gen’ semata-mata.
Risikonya tetap tinggi terutama jika sel kanser tersebut
telah merebak ke organ lain. Ini menunjukkan betapa pentingnya seorang wanita
itu menjaga kesihatan payudaranya sendiri dan selalu menjaga pola makanan
supaya terhindar daripada terkena kanser payudara.
Terdapat tujuh jenis buah yang boleh mencegah terjadinya
kanser pada payudara. Antaranya;
1. Buah Limau
Buah limau seperti limau bali, lemon, kaya dengan vitamin
C untuk mencegah pembentukan ‘nitrosamine’, sesuai dimakan oleh pesakit kanser
perut, kanser payudara dan kanser paru-paru.
Tambahan pula, vitamin C merupakan zat antioksidan yang
paling kuat, yang secara efektif dapat menjaga kesihatan payudara.
Semakin kerap mengambilnya, semakin banyak zat
antioksidan ini berada di dalam tubuh anda.
2. Buah Kiwi
Kiwi mengandungi vitamin C, 4-12 lebih besar daripada
limau, tiga kali daripada epal, 60 kali ganda daripada buah anggur. Kajian
menunjukkan bahawa zat tang terkandung mampu menghalang pembentukan
‘nitrosamine’ daripada tubuh manusia, yang memiliki efek anti-kanser yang baik
dan dapat mencegah kanser payudara.
3. Buah JuJube
Buah jujube
(ziziphus jujube mill) ( ini kaya dengan
beta-karoten, vitamin C, vitamin V dan lain-lain dengan efek penambah darah
yang bermanfaat untuk perut. Jujube, merupakan tumbuhan semulajadi China dan sangat
popular dalam perubatan herba tradisional masyarakat Cina sejak dahulu lagi.
Jujube mengandungi sekumpulan ‘triterpenoid’ sebagai
bahan aktif anti-kanser. Selain itu, dapat meningkatkan kesegaran fizikal,
pencegah kanser payudara.
4. Buah Mangga
Selain memiliki sifat rasa yang manis dan menyegarkan,
ternyata buah manga mengandungi pelbagai nutrient yang bermanfaat bagi
kesihatan tubuh. Kandungan ‘polifenol tanin’ yang terdapat pada mangga
dikatakan dapat mencegah kanser payudara dan kanser usus besar.
5. Buah Delima
Delima(pomegranate) kini semakin popular kerana khasiat
semulajadinya untuk kesihatan. Selain baik untuk jantung, ternyata buah delima
juga efektif untuk melawan kanser payudara. Ia mengandungi ‘fitokimia’ dan
tinggi kandungan ‘polifenol antioksidan’.
6. Buah Laici
Buah laici turut dikatakan dapat menumpaskan pertumbuhan
sel kanser. Ia disebabkan kerana laici mengandungi sejumlah ‘flavonoid’ yang
efektif untuk melawan kanser payudara.
Selain itu, kandungan vitamin C di dalamnya juga dapat
melawan penyakit jantung, menjaga kesihatan tulang, kulit dan jaringan
tubuh. Buah laici juga turut membantu
tubuh untuk menyerap nutrient penting daripada makanan.
7. Buah Berry
Semua jenis buah berry dapat melawan pelbagai kanser.
Tertapi berry htam mengandungi ‘fitokimia’ yang sangat tinggi, disebut
‘anthocyanin’ yang dikatakan dapat memperlambatkan pertumbuhan sel ‘premaligna’
(penyebab kanser) dan membentuk pembuluh darah baru.
Kandungan vitamin, serat dan antioksidan dalam buah berry
juga membantu radikal bebas dan racun –racun lain daripada dalam tubuh.
Antioksidan dan serat juga memainkan peranan penting dalam melindungi tubuh
daripada segala bentuk kanser, terutama kanser payudara.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


Comments
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]