Assalamulaikum…
Jika ke Bukit Tinggi Pahang,sudah pasti anda teruja dengan suasananya yang terasa seperti berada di Negara Perancis.
Lagipun tidak semua orang mampu melancong ke Perancis.
Oleh itu, jika anda mahukan sedikit kelainan dan ingin merasakan suasana
seakan-akan berada di Perancis, Bukit Tinggi Pahang adalah destinasi yang
paling tepat untuk anda kunjungi.
Lokasi yang cantik, keindahan alam semulajadi,suhu yang
dingin dan tempat menarik yang terdapat di sana cukup untuk membuatkan minda
anda berasa tenang.Bukit Tinggi ini terletak di negeri Pahang dan tidak jauh
dari pusat peranginan yang terkenal iaitu Genting Highland. Sememangnya Bukit
Tinggi ini sinonim dengan reka bentuk dan senibinanya yang mengambil konsep dan
rekabentuk bangunan bertemakan suasana di Perancis.
Menariknya Bukit Tinggi ini merupakan kawasan bukit yang
masih kaya dengan hutan hujan semulajadi yang menghijau. Bagi anda yang sukakan
kembara di hutan,di sini terdapat beberapa laluan meredah hutan yang cukup
menarik untuk menikmati keindahan dan keunikan hutan hujan dengan lebih dekat
lagi. Malah tempat ini selalu menjadi pilihan jurugambar terutamanya ‘nature
photographer’ yang ingin merakam potret alam semulajadi.
Bagaimana untuk sampai ke sana?
Jika anda datang dari ibu kota Kuala Lumpur dan melalui
Lebuh Raya Karak, pasti anda dapat melihat papan iklan yang menunjukkan arah ke
Bukit Tinggi, Pahang. Perjalanan ke sana hanya mengambil masa kira-kira sejam
untuk sampai ke sana. Bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki di sini,
anda tidak perlu risau kerana papan tanda untuk ke Bukit Tinggi akan memudahkan
perjalanan anda.
Bayaran yang dikenakan?
Di pintu utama Bukit Tinggi ini terdapat sebuah pondok
pengawal tol. Di situ, setiap kenderaan perlu berhenti untuk membayar tiket
masuk iaitu RM12 seorang untuk dewasa, manakala kanak-kanak RM8
seorang.Sekiranya anda bertukar fikiran dan mahu menginap di hotel mereka,anda
boleh mengembalikan semula tiket tersebut.
Tarikan Bukit Tinggi Pahang?
“Colmar Tropicale”
Tarikan utama Pusat Peranginan Bukit Tinggi Resort
pastinya “Colmar Tropicale”. Senibina unik yang berkonsepkan senibina Perancis
menggamit ramai pengunjung untuk menikmati suasana seperti di Perancis. Sebaik
sahaja anda melangkah masuk ke ‘dunia’ tersebut, anda akan merasakan
seolah-olah berada di Perancis.Keindahan dan keaslian senibina dan susun atur
hiasan memainkan peranan yang cukup penting bagi menghidupkan suasana agar
tampak seperti benar-benar berada di Perancis. Hanya di Bukit Tinggi Pahang
sahaja anda dapat merasai suasana seperti ini di Malaysia.
Suasananya yang romantis juga sering menjadi pilihan
pengantin baru berbulan madu.Suasana romantis ini akan bertambah cantik pada
waktu malam apabila setiap bangunan disinari kilauan cahaya lampu yang
dipasang. Ternyata pengunjung di sini tidak akan melepaskan peluang untuk
bergambar kenangan berlatar belakang reka bentuk bangunan Perancis ini.
Seolah-olah ia merupakan aktiviti wajib sekiranya tiba di sini.
Selain itu,terdapat sebuah tasik yang sangat cantik dan
di dalamnya terdapat beberapa ekor angsa. Anda akan teruja melihat angsa-angsa
ini berenang dan terapung di permukaan air. Apatah lagi sekiranya angsa tersebut
berenang berdekatan dengan anda. Di sini juga terdapat pelbagai tarikan menarik
seperti hotel, restoran, kedai menjual cenderahati,pusat permainan video dan
menara tinjau yang menyajikan pemandangan yang memukau. Ini kerana kawasan
sekitar bukit ini amat indah dengan dikelilingi hutan belantara yang menghijau.
Sesekali kabus nipis akan bertukar menjadi tebal lalu menyapa anda yang akan
mula kesejukan.
“Japanese Village”
Terletak 3,500 kaki di atas paras laut, “Japanese
Village” ini adalah yang pertama seumpamanya di luar Jepun. Taman ini telah
direka oleh arkitek terkenal Jepun, Kaio Ariizumi dan dibina oleh satu pasukan
yang mempunyai 22 tukang mahir dari Jepun. Lokasi Bukit Tinggi ini yang
terletak di puncak bukit yang dikelilingi oleh hutan yang masih tebal
membuatkan suhu sedikit dingin dan sungguh menyegarkan.
Jika anda berkunjung ke sini, anda bolehlah melawat ke
Japanese Tea House (Rumah Teh Jepun), Botanical Garden (Taman Botani), Tatami
Spa, Ume Tatami Suite dan juga Ryo Zan Tei Restaurant.Anda juga boleh memilih
untuk mengambil bahagian dalam Majlis Teh (4 sesi setiap hari) di mana anda
dapat mempelajari dengan lebih lanjut
mengenai budaya Jepun atau menyewa kimono untuk satu atau dua gambar.
Bayaran yang dikenakan jika anda mahu menyewa kimono tersebut adalah sebanyak
RM20 sepasang.
Di sini juga terdapat sebuah “Japanese Gift Shop” di mana
anda boleh membeli souvenir seperti fridge magnet, key-chain dan sebagainya.
Malah, minuman ringan turut disediakan di sini, tetapi harganya sedikit mahal
daripada biasa.Tarikan lain yang ada di Japanese Village ini adalah Taman Herba
yang menempatkan pelbagai tumbuhan herba di dalam satu taman. Menariknya
mengenai taman ini, terdapat pelbagai spesies rama-rama yang bebas berterbangan
setiap kali anda menuruni anak-anak tangga di taman berkenaan.Taman yang
berkonsepkan taman Jepun di tengah-tengah hutan khatulistiwa ini ternyata
sungguh mempersonakan.
Rabbit Park
Rabbit Park adalah sebuah taman yang yang menempatkan
arnab, rusa, dan juga keldai. Di sini terdapat sebuah Cabana Cafe, tempat
menembak (target shooting) dan juga denai kuda (Horse Trails). Harga tiket
masuk untuk Rabbit Park ini adalah RM3 seorang. Tarikan sebenarnya Rabbit Park
ini adalah anda dibenarkan bermain dengan arnab dan rusa dengan bebas. Malah,
anda juga boleh memberi makan dengan makanan yang dijual pada harga RM3 di
kaunter tiket.
Selain itu, di sini terdapat juga sebuah padang golf bagi
mereka yang ingin bermain golf. Untuk memudahkan anda yang tidak mahu memandu
kereta untuk bergerak ke tempat-tempat lain yang berdekatan, perkhidmatan tour
bus atau tram juga disediakan. Ternyata menaiki tram lebih santai, sekaligus
membolehkan anda menikmati pemandangan sekeliling yang indah.
Jika anda inginkan tempat berehat hujung minggu yang
menarik, bolehlah memilih Bukit Tinggi Pahang sebagai percutian bajet
anda.Ternyata, percutian anda berbaloi di Bukit Tinggi kerana jarak perjalanan
yang tidak jauh dari ibu kota dan harga tiket masuk yang berpatutan. Jika mahu,
sesiapa sahaja mampu menghabiskan hujung minggu di Bukit Tinggi Pahang. Jadi,
jangan ragu-ragu untuk bercuti ke sana.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


Comments
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]