Assalamualaikum…
Mesti ramai diantara kita ingin memiliki bentuk badan
yang langsing. Tetapi tak semua orang yang berbadan lansing mempunyai bentuk
punggung yang cantik dan padat. Punggung merupakan salah satu asset yang
terpenting untuk kaum wanita. Jadi sebab itulah ramai yang berusaha memiliki
bentuk punggung yang padat, kecil dan bukannya punggung lebar. Jom kita
pelajari senaman yang dapat memberi punggung padat dan cantik.
Senaman 1: “The Hip Squat”
Pastikan anda berada dalam posisi berdiri. Kemudian,buka sedikit kedua-dua kaki anda,
iaitu selebar bahu. Turunkan badan anda sehingga lutut membentuk sudut 90 darjah. Kemudian,pegang lutut anda dan tahanlah
selama 2 minit lalu kembali ke posisi berdiri. Lakukan senaman “The Hip
Squat” ini sebanyak 20 kali.
Senaman 2: “The Back Kick”
Cari meja setinggi punggung anda dan hadapkan diri anda
ke meja tersebut sambil kedua-dua tangan memegang meja tersebut. Angkat secara
perlahan kaki sebelah kanan ke atas sehingga lutut membentuk sudut 90
darjah. Biarkan punggung anda tetap
lurus dan tahanlah posisi itu selama 2 minit . Kemudian lakukan posisi yang
sama dengan menggunakan kaki kiri pula. Lakukan senaman “The Back Kick” ini
sebanyak 10 kali bagi kaki kanan dan 10 kali bagi kaki kiri.
Senaman 3: “The Hip Extender”
Pastikan berada di dalam posisi berdiri. Buka sedikit
kedua-dua kaki, iaitu selebar bahu anda. Angkat kaki kanan anda setinggi yang
mungkin, sambil menurunkan kaki kiri anda. Kemudian kembali ke posisi asal
semula dan lakukan hal yang sama untuk kaki sebelah kiri. Lakukan senaman ini
sebanyak 10 kali bagi kaki kanan dan 10 kali bagi kaki kiri.
Senaman 4: Bersenam Dengan Menggunakan Trampoline
‘Trampoline’ sangat baik untuk peredaran darah dan
oksigen, pembakaran lemak dan kalori serta membentuk kaki dan pinggul yang
cantik. Anda cuma perlu melompat paling kurang selama setengah jam untuk setiap
sesi.
Senaman 5: Senaman Baring
Baringkan badan anda secara mengiring di atas lantai
dengan sebelah tangan anda ke atas dan berbantalkan lengan anda sendiri.
Kemudian,angkat kaki kanan anda ke atas setinggi yang boleh,tarik nafas dan
pusingkan kaki yang diangkat tadi mengikut arah pusingan jam. Gerakkan seluruh
kaki tanpa menggerakkan pinggul anda bersama. Kemudian lakukan gerakan yang
sama dengan menggunakan kaki kiri anda dan juga arah baringan anda. Setiap satu pusingan boleh dilakukan sebanyak
5 kali. Lakukan sehingga 10 kali untuk kedua-dua belah kaki.
Senaman 6: Naik Turun Tangga
Dengan hanya melakukan senaman menaiki tangga selama 5 ke
10 minit sehari,ia boleh mengecilkan punggung lebar dan pada masa yang sama, ia
baik untuk kesihatan anda. Pemakaian
kasut tumit tinggi juga boleh membantu anda untuk membentuk otot betis dan paha
sekaligus untuk punggung anda. Namun, pastikan anda tidak memakai kasut tumit
tinggi yang melebihi 2 inci kerana ia boleh mendatangkan bahaya buat anda.
Perkara yang perlu anda elakkan sekiranya ingin mendapatkan punggung yang kecil:
Elakkan daripada duduk terlalu lama
Tabiat duduk yang lama tanpa ada sebarang pergerakan akan
memberi kesan buruk kepada tubuh badan terutama pada bahagian pinggul dan juga
tulang belakang anda. Oleh itu,setiap satu atau dua jam anda perlu bangun untuk
melakukan regangan.
Kurangkan Berat Badan
Salah satu sebab yang mempengaruhi bentuk punggung adalah
adalah berat badan kerana lemak-lemak yang berlebihan akan menyebabkan punggung
menjadi lebar. Kawal pemakanan anda dengan cara mengamalkan diet rendah lemak
dan tinggi protein serta mengambil vitamin yang baik untuk tubuh.
Elakkan Memakai Seluar Dalam Ketat
Elakkan memakai seluar dalam atau pakaian yang terlalu
ketat di bahagian pinggul kerana mitos mengatakan pakaian ketat memang boleh
membuat pinggul nampak menonjol tetapi akibatnya bentuk punggung akan menjadi
tidak sekata. Oleh itu,gunakan seluar dalam atau pakaian yang longgar.
Kesimpulanya, paling penting amalkan kesemua senaman yang
diberikan sekurang-kurangnya sebanyak empat
kali seminggu. Pilihlah masa yang sesuai, asalkan anda melakukannya
dengan konsistent.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


Comments
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]