Assalamualaikum…
“Cantiknya badan dia walaupun baru lepas bersalin. Hissh…
apalah rahsianya!”
Mungkin itulah yang terdetik di hati anda apabila melihat
rakan anda yang masih kekal langsing walaupun lepas bersalin.Sudah tentu
terdetik juga rasa cemburu melihat kesempurnaan bentuk tubuhnya itu. Pasti
ramai yang tertanya-tanya, bagaimana si ibu yang sudah melahirkan anak masih
kekal langsing. Apakah rahsia mereka?
Bagi anda yang ingin mengetahui tips kurus dengan cepat
dan kembali mendapatkan tubuh persis anak dara selepas bersalin, jom sama-sama
kita lihat.
Apakah tempoh yang sesuai untuk memulakan proses mengurangkan berat badan selepas bersalin?
Sebelum anda memulakan proses mengurangkan berat badan
selepas bersalin,anda perlu ingat bahawa bentuk badan anda mungkin sudah
berubah selepas kehamilan. Oleh itu, anda mungkin menghadapi kesukaran untuk
mengembalikan berat badan anda sebelum hamil. Jangan terlampau memaksa diri
anda untuk kurus dengan cepat selepas bersalin.
Berikan sedikit masa bagi badan anda pulih sepenuhnya
daripada proses kelahiran. Sebaiknya eloklah anda tunggu paling kurang enam
minggu sebelum anda berfikir untuk menguruskan badan.
Buat sementara itu anda boleh memulakan beberapa senaman
ringan seperti berjalan, senaman lantai pelvis dan regangan, sebaik sahaja anda
rasa cukup bertenaga. Kira-kira enam minggu selepas proses kelahiran barulah
anda sesuai untuk melakukan senaman yang lebih kuat.
Tips Untuk Kurus Dengan Cepat & Sihat Selepas Bersalin
1. Diet yang Berkhasiat
Diet yang berkhasiat sememangnya akan mempercepatkan
proses penurunan berat badan anda. Pada masa ini,anda haruslah mengurangkan
makanan yang bergoreng,makanan segera dan minuman bergas kerana makanan dan
minuman tersebut mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi.
Sebaliknya,amalkan makan sekurang-kurangnya lima hidangan
buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari dan juga mengambil makanan yang
makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, dan bijirin dalam diet anda.
Pastikan hidangan makanan anda juga mengandungi makanan berkanji seperti roti,
nasi dan pasta.
Paling penting,anda diingatkan jangan sesekali
meninggalkan sarapan anda kerana ia boleh meningkatkan metabolisme badan dan
menyebabkan kadar pembakaran tenga berlaku lebih cepat. Kawal juga saiz
hidangan anda dan kekerapan anda mengambilnya pada waktu makan.
2.Bertungku
Selepas bersalin perut ibu lebih mudah membuncit dan
menggeleber kerana lapisan perut yang ditinggalkan oleh bekas kandungan. Oleh
itu,kaedah bertungku atau bertuam dengan menggunakan batu khas sangat sesuai
untuk dilakukan. Tujuan bertungku ini adalah untuk mengeluarkan saki baki darah
kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim serta urat saraf disekeliling peranakan
dan juga bahagian lain.
3. Berbengkung
Bengkung digunakan untuk mencegah peranakan ‘jatuh’ dan
juga mengecutkan semula rahim. Sebelum berbengkung, perut elok disapukan dengan
bahan campuran yang ditumbuk seperti lada hitam, raga tapai dan air asam jawa.
Selain itu, kaedah moden pemakaian ‘girdle’ juga boleh digunakan untuk
mengembalikan tubuh badan anda kepada bentuk asal.
4. Berurut
Berurut adalah bertujuan untuk memulihkan kesegaran
badan,melancarkan peredaran darah,membuang angin,membetulkan
urat,memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas
serta kekotoran.
5.‘Breastfeeding’
Penyusuan sebenarnya sangat membantu mengurangkan berat
badan kerana ia dapat membakar 500 kalori setiap hari hanya dengan menyusu.
Sepanjang tempoh penyusuan,anda harus berhati-hati
memilih makanan dan jangan mengamalkan diet yang ketat kerana ia boleh memberi
kesan kepada susu badan anda dan anak anda. Perlu diingatkan bahawa penyusuan
badan tidak menghalang anda untuk mengamalkan diet, tetapi pastikan kalori anda
tidak terbuang melebihi 1800 kalori sehari.
Kelebihan menyusu yang lain adalah ia membantu
mengecutkan rahim si ibu selain mengembalikan bentuk badan yang asal.
6. Senaman
Senaman ringan boleh dilakukan untuk mengembalikan
otot-otot yang telah kendur. Berjalan kaki adalah senaman awal yang terbaik.
Jangan manjakan diri anda,pastikan anda bergerak dan melakukan kerja-kerja
rumah yang lain. Tetapi cukup sekadar kerja rumah yang ringan sahaja kerana
anda masih dalam tempoh pemulihan selepas bersalin. Jika anda sudah melepasi
tempoh berpantang,anda bolehlah mengamalkan senaman harian dengan cara naik
turun tangga dan juga senaman lain yang dirasakan sesuai
.
Kurus dengan cepat secara sihat, itu yang sebaiknya para
ibu selepas bersalin amalkan.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


Penjagaan kesihatan selepas bersalin amat penting untuk kesan jangka panjang
ReplyDelete