Assalamualaikum…
Susahnya apabila berhadapan dengan lelaki yang panas
baran. Perkara sekecil kuman pun boleh jadi besar. Betul tak…
Sikap panas baran memang sukar untuk diubah, jadi anda
perlu bijak mengawal keadaan. Apa yang perlu anda lakukan apabila berdepan
dengan si panas baran? Namun bagaimana mahu mengenali lelaki panas baran kerana
anda mungkin tak dapat menilainya dari wajah. Lelaki panas baran boleh saja
berwajah manis berbeza dengan sikap sebenarnya. Jom kenali lelaki panas baran
dan cara untuk mengatasi panas baran si dia.
Panas baran, ‘kepala angin’ atau ‘naik hantu’ yang
disebabkan kesukaran menangani perasaan marah menyebabkan seseorang itu hilang
malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan
orang lain. Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja.
Faktor Lelaki Panas Baran
Faktor luaran
Pertama adalah faktor luaran. Iaitu yang membabitkan
tempat kerja. Seperti tekanan daripada pihak atasan, persaingan dalam urusan
kerja dan prestasi kerja yang kurang memberangsangkan. Selain stres dengan
kesesakan lalu lintas ketika pergi dan balik kerja juga menyebabkan si dia
berasa letih lantas melepaskan perasaan tekanan itu kepada anda tanpa berfikir
baik dan buruknya.
Faktor dalaman
Ada benarnya juga. Anda jangan terlalu kerap menuding
jari kepada si dia sahaja kerana kemungkinan ada sikap anda yang kurang
disenanginya hingga menyebabkannya naik darah. Antara yang sering terjadi
seperti sering kali meminta sesuatu yang sukar untuk disediakan kerana
kesempitan wang. Seterusnya, mengabaikan si dia, bersifat cemburu buta juga
turut merimaskan si dia dan anda tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.
Tips Mengenali Lelaki Panas Baran
Biarkan dia menunggu
Sebenarnya untuk membezakan lelaki itu panas baran atau
tidak, bergantung kepada raut wajah serta sikapnya. Perhatikan perkara ini
sewaktu anda keluar bersamanya tetapi terlewat tiba. Marahnya berapi-api
seolah-olah perbuatan anda itu adalah satu kesalahan besar. Jika begini
karakter lelaki, dia sebenarnya seorang yang panas baran kerana tidak sanggup
menunggu pada satu kejadian kecil dalam hidupnya. Kalau lelaki yang panas
baran, dia tentu akan menghamburkan kata-kata menyakitkan hati. Oleh sebab itu,
anda harus berhati-hati dengan lelaki begini.
Minta dia mengajar sesuatu
Dalam mencari erti kesabaran, cuba perhatikan perkara ini
juga. Mintalah dia mengajar anda sesuatu. Kalau kata-katanya agak pedas dan
panas di telinga anda, itu tandanya dia seorang yang panas baran dan agak sukar
berunding. Lelaki yang penyabar akan mengajar anda sehingga pandai tetapi
lelaki panas baran akan mudah melenting bila anda tidak berjaya mengikut apa
yang dia inginkan.
Lihat caranya melayan anak kecil
Umum mengetahui kanak-kanak banyak kerenah. Oleh itu
sewaktu bersamanya, bawa sekali anak saudara anda yang masih kecil. Tinggalkan
mereka dan lihat cara mereka menanganinya.
Cemburu atau tidak
Percaya atau tidak, lelaki yang panas baran biasanya
seorang lelaki yang kuat cemburunya. Ada kalanya perbuatan cemburunya itu
nampak mengarut tambah-tambah lagi cemburu pada hal yang remeh.
Justeru itu sebelum membuat pilihan, kajilah semua sikap
lelaki agar anda tidak menyesal di kemudian hari. Baran berkaitan dengan sikap
dan semestinya sikap boleh diubah. Sebagai lelaki andalah khalifah kepada
pasangan, justeru itu tunjuklah moral yang baik kepada pasangan.
Cara Mengatasi Panas Baran Si Dia
Jangan Melawan
Sesiapa sahaja yang bersikap panas baran akan mudah
melenting. Lebih-lebih lagi jika anda melawan atau membantah setiap yang
diperkatakan mereka. Jika ingin berbuat demikian, perlu tahu cara yang betul
untuk bercakap.
Cari Kelemahan
Andai anda ditakdirkan mempunyai pasangan yang panas
baran, cuba kaji tentang si dia. Cari sisi kelemahannya yang boleh melembutkan
hati mereka. Menangis bukanlah langkah yang bijak kerena bagi sesetengah lelaki
yang panas baran, amarah mereka akan bertambah teruk apabila melihat tangisan
anda.
Rendahkan Nada
Apabila berdepan dengan lelaki yang sedang marah,
rendahkan nada suara anda. Cakap dengan lembut. Dengan cara ini juga akan
membuatkan mereka reda.
Sekali Sekala Anda Perlu “Tunjuk Belang”
Ada ketikanya jika anda dimarah kerana bukan kesalahan
yang anda lakukan. Jadi, untuk sekali sekala beranikan diri untuk menegakkan
kebenaran agar si dia akan tersedar. Tetapi jika pasangan anda berpotensi untuk
naik tangan, anda perlu lebih berhati-hati.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


Comments
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]