Khasiat Badam


Assalamualaikum..


Selain menjadi kudapan yang enak ketika menikmati coklat, ternyata badam menyimpan banyak khasiat. Badam merupakan kacang yang kaya dengan pelbagai nutrisi samada baik untuk kesihatan mahupun kecantikan. Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Selalunya badam dicampur dalam makanan untuk menambahkan lagi kelazatan seperti di dalam aiskrim  ataupun salad. Sebenarnya anda tidak perlu takut mengambil badam kerana walaupun badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak tidak tepu.

Khasiat Badam Untuk Kesihatan







Merendahkan Risiko Darah Tinggi dan Serangan Jantung

Satu kajian yang telah dilakukan di A Loma Linda School of Public Health menujukkan mereka yang memakan badam lima kali sehari memiliki pengurangan risiko mendapat serangan jantung sebanyak 50%. Ini adalah kerana badam mengandungi asid folik yang dipercayai dapat menurunkan paras homocystein yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi.


Menghalang Obesiti

Kajian menunjukkan badam dapat membantu untuk mereka yang menghadapi masalah obesiti atau mereka yang ingin tampil langsing. Asid lemak tidak tepu yang terdapat dalam badam mampu membantu mengurangkan selera dan mencegah makan berlebihan.  Zat yang terkandung dalam badam bukan sahaja mampu menyekat selera, tetapi juga akan memberikan anda tenaga.


Menguatkan Memori

Badam adalah sumber zat yang dikatakan membantu dalam perkembangan otak. Sebab itulah,beribu-ribu tahun dahulu,ia telah digunakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan dan juga  India, untuk tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, hadis dan juga pelbagai ilmu. Jadi, anda disarankan memberikan badam sebagai makanan wajib buat anak-anak anda yang sedang membesar.


Membantu Menghalang Osteoporosis

Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis kerana kira-kira 25-30 biji badam mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Seperti kita tahu,kalsium sangat diperlukan untuk menghalang osteoporosis. Malah, kalsium yang ditemui dalam badam juga boleh merendahkan risiko kanser kolon dan tektum.


Menghalang Batu Karang

Terdapat kajian yang mendapati sekiranya wanita yang memakan sekurang-kurangnya 30gm badam atau mentega kacang badam dalam seminggu dapat mengalami penurunan 25% risiko batu karang.


Melancarkan Peredaran Darah

Sekiranya tekanan darah seseorang itu turun,ia akan menyebabkan seseorang itu menjadi stress. Oleh itu vitamin dan mineral yang terdapat pada almond bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah sekaligus mencegah stress terjadi.

 

Mengelakkan Kecacatan Pada Bayi

Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat sangat penting bagi wanita hamil. Folate dapat membantu mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.


Mencantikkan kulit

Selain dimakan, badam yang telah diekstrak minyaknya, dapat membantu melegakan sakit dan lenguh otot, mampu memperbaiki kecerahan kulit, membuatkan wajah muda berseri dan mengurangkan lingkaran gelap jika digosokkan di kulit. Manakala,dalam rawatan terapi wangian(aromaterapi),minyak badam berperanan sebagai memainkan pelindung kepada kulit daripada terbakar. Ia dikatakan amat baik untuk kesihatan kulit.










Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan dibimbing FROM ZERO to HERO..

Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.




Comments

  1. badam memang sangat baik untuk kesihatan.. tapi sanggup n banyaknya duit kena habis untuk beli badam.. hehe..ambil ostematrik untuk tulang juga ada kandungan badam 80 biji, amik vitamin e utk kulit juga ada badam 500gm.. shaklee mmg lengkap.. so cari yg mudah dan berkesan..
    SELENIUM BOLEH MEMBANTU MENGELAKKAN LELAKI MANDUL

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]