Assalamualaikum…
Selamat tengahri semua, harini saya nak kongsi tentang
khasiat menyusu bayi bagi ibu. Ini kerana tidak ramai diantara kaum ibu mahu
menyusu bayi masing-masing dan lebih gemar memberi susu formula kerana
beranggapan menyusu bayi amat menyusahakan. Tetapi sebenarnya ada banyak
khasiat kepada sorang ibu apabila menyusukan bayi mereka.
Khasiat Menyusu Bayi Bagi Ibu
Mengecutkan rahim
Menyusukan bayi akan bantu si ibu kembali kepada bentuk
tubuh asal dengan lebih cepat. Hormon oksotosin yang terdapat dalam susu ibu
dapat membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi si ibu yang
tidak menyusukan bayi,amat rugilah anda kerana rahim anda sukar untuk mengecut
kepada keadaan asal.
Menyingkir Mekonium
Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis
bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi
kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam
susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.
Mudah DiHadam
Khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap
ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula. Ini disebabkan oleh enzim
yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman.
Mencegah Penyakit
Tahukah anda bahawa susu badan mengandungi antibodi
kepada pelbagai jenis penyakit. Oleh itu, jika bayi disusukan secara eksklusif,
mereka terlindung daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya
termasuklah pneumonia,bronkitis, influenza dan banyak lagi.
Mengelak Berlakunya Pendarahan
Apabila menyusukan bayi, si ibu akan mengeluarkan
oksitosin yang merangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran
darah maternal. Sekaligus pendarahan dapat dielakkan.
Mengurangkan Kadar Insulin
Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing
manis kerana kadar insulin dapat dikurangkan dengan hanya menyusukan bayi.
Mencegah Masalah Penglihatan
Salah satu khasiat susu ibu adalah vitamin A. Seperti
yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.
Bertindak Sebagai Ubat Penenang
Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat membantu
menenangkan bayi. Oleh itu,bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.
Ibu-ibu yang menyusu perlulah melengkapkan diri serba
sedikit dengan ilmu tentang penyusuan bagi mempermudahkan proses penyusuan bayi
anda. Sesungguhnya susu ibu merupakan pengerat kasih sayang antara ibu dan
anak.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


Menyusukan bayi memang memberi manfaat kepada ibu dan bayi..
ReplyDeleteklik disini
Susu ibu sememangnya susu yang terbaik :D
ReplyDelete:: anmashealthcare.blogspot.com ::
susu ibu sangat berkhasiat
ReplyDeletesetiap titik susu ibu yg diberikn kpd anak..ada pahala baginya..
ReplyDeletejom baca:Cara Nak Susu Badan Meriah
susulah anak sampai ke 2 tahun.. susu takda jgn risau.. esp dan alfalfa dpt membantu anda..
ReplyDeleteCARA RAWAT SENGGUGUT DENGAN BERKESAN