Assalamualaikum…
Ada dikalangan anda yang sanggup memandu berjam-jam
lamanya hanya untuk menikmati hidangan yang dirasakan sedap
Jauh beribu batu pun mereka sanggup asalkan dapat
memenuhi kehendak tekak yang seakan sudah ‘ketagih’ dengan kelazatan makanan
tersebut.Di Malaysia terdapat banyak makanan yang sedap dan unik boleh anda
rasanya. Salah satunya di Kelantan atau negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Kalau
anda bukan anak jati Kelantan,ruginya jika berkunjung ke sana tetapi tidak
mencuba pelbagai makanan enak di sana. Anda mungkin akan berasa sedikit lucu
apabila mendengar nama beberapa makanan Kelantan ini. Jom, semak makanan
popular di negeri tersebut.
Makanan Kelantan Yang Cukup Unik
1. Kuih Akok
Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional
yang popular di Kelantan. Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu berbentuk
bujur, mengikut acuan bahulu dan akok bunga yang dikenali juga sebagai akok
Kemboja. Akok rasanya manis bertelur. Cara adunan dan pembakaran merupakan
faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap.
Biasanya akok nisan berwarna gelap, sementara akok daun
pandan dan akok Kemboja berwarna hijau pucat. Akok berlauk mempunyai bentuk
tekstur berspan. Akok biasanya kurang digemari oleh golongan muda kerana ia
agak manis. Akok sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana ia mudah
dihidangkan, tidak melerai dan rasanya sedap.
2. Nasi Kerabu
Nasi kerabu merupakan hidangan nasi Melayu, sejenis nasi
ulam dimana nasinya berwarna biru dan dimakan dengan ikan kering atau ayam
goreng, keropok, jeruk dan sayur yang lain. Warna biru nasi terhasil daripada
kelopak bunga kembang telang yang digunakan dalam masakan itu. Nasi ini boleh
juga dimasak sebagai nasi putih atau nasi menggunakan kunyit. Ia sering dimakan
dengan solok lada dan juga dimakan dengan keropok goreng.
Ada dua jenis nasi kerabu disediakan di Kelantan. Yang
biasa adalah nasi kerabu putih yang dimakan lengkap dengan kuah tumis. Susunan
hidangan nasi kerabu yang biasa dimulai dengan nasi, ulam, sambal kelapa, kuah
tumis dan budu. Ada juga versi biru yang tidak dimakan dengan kuah tumis
sebaliknya hanya dimakan dengan ulam, sambal kelapa dan sambal cili. Kemudian
di atasnya diramaskan beberapa keping keropok goreng dan dimakan dengan daging
bakar atau telur masin.
Nasi kerabu amat popular di negeri-negeri Pantai Timur
seperti Kelantan dan Terengganu, dan kini ia boleh didapati di seluruh Malaysia
dan juga di selatan Thailand, di mana ia dikenali sebagai ‘khaoyam’.
3. Kuih Tahi Itik
Kuih tahi itik
merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas
dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik. Kuih tahi itik
disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning
telur. Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan
dimasak dalam air gula pekat dan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan
bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu
kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih
lain.
4. Kuih Jala Mas
Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional
Melayu yang lemak manis dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak
dalam air gula,sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan
dan rupa yang berbeza.
Kuih jala mas disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang
menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan
kemudiannya ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu
sahaja dalam bekas.
Kuih jala mas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi
halus. Ia biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan
atau perkahwinan. Ini disebabkan cara membuatnya yang cerewet dan hanya
menggunakan kuning telur menyebabkan kos yang tinggi.
Pada kebiasaannya telur itik digunakan kerana ia
mempunyai saiz kuning telur yang lebih besar. Selain itu, ia biasanya
dihasilkan bersama kuih tahi itik kerana untuk tidak membazir baki putih telur
yang tidak digunakan.
5. Kuih Lompat Tikam
Makanan Kelantan banyak dipengaruhi dengan rasa yang
manis seperti kuih lompat tikam ini. Ia mempunyai dua lapisan iaitu lapisan
tepung beras yang biasanya berwarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan
yang berwarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia
dimakan bersama air manisan atau gula kabung dan sesuai diminum bersama air
putih.
6. Kuih Bunga Tanjung
Kuih bunga tanjung begitu sinonim dengan Negeri Kelantan
iaitu sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira
dalam air gula. Ia dibentuk dengan menggunakan acuan dan dibentuk seperti
titisan air yang berwarna kuning, tetapi boleh juga dibentuk dengan pelbagai
bentuk lain mengikut citarasa pembuatnya.
7.Ayam Percik Kelantan
Ayam percik Kelantan sememangnya begitu lazat dan
menyelerakan. Kuahnya yang berbeza dari tempat lain menjadikan ayam percik
Kelantan begitu unik dan digemari ramai.
8.Nasi Tumpang
Nasi tumpang hanya boleh dijumpai di Negeri Kelantan
iaitu gabungan nasi bersama lauk yang
diletakkan dalam daun pisang dan digulung berbentuk kon. Lauknya terdiri
daripada masak lemak ikan, udang, serunding, sambal daging dan lain-lain lagi
mengikut citarasa pembuatnya. Biasanya kelongsong daun pisang akan dibuat
terlebih dahulu dan dimasukkan nasi panas seakan nasi impit yang akan diletakkan berselangseli dengan
pelbagai jenis lauk.
9. Laksam Kelantan
Laksam amat terkenal sebagai salah satu menu sarapan pagi
di Negeri Kelantan. Kini, ia bukan sahaja popular di negeri Cik Siti Wan
Kembang, malah telah diperkenalkan sebagai salah satu menu utama sarapan pagi
di tempat-tempat lain di Malaysia. Laksam yang diperbuat daripada tepung beras
dan tepung jagung ini dimakan bersama kuah ikan bersantan pekat. Lebih enak
digaul bersama ulam-ulaman dan sambal belacan.
10. Budu
Budu ialah sejenis sos ikan yang cukup terkenal di Negeri
Kelantan yang biasanya dimakan bersama nasi dan ulam-ulaman. Ia diperbuat
daripada ikan bilis dan garam yang diperam sehingga memberikan rasa dan bau
yang unik. Bukan sahaja rasanya yang sedap malah ia juga sumber terbaik Vitamin
B12 dan garam galian seperti kalsium, natrium, magnesium, zat besi dan
fosforus.
11. Nasi Kak Wok
Nasi berlauk ayam dipotong kecil-kecil, digoreng dengan
campuran rempah tersendiri, dan gulai dengan resepi tersendiri ditambah dengan
sambal belacan cukup memberi rasa enak tatkala dimakan pada waktu tengahari.
Nasi Kak Wok ini sangat popular di
kawasan Kota Bharu.
12. Kuih Badak Berendam
Kuih badak berendam merupakan sejenis kuih tradisional
yang popular di Malaysia, terutama di
Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih badak berendam terdiri
daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur
manisan. Bahagian tepung ini dibuat tawar kerana ia mempunyai inti yang manis
dan dimakan bersama santan kelapa bagi memberikan rasa lemak. Kuih badak
berendam dimakan bersama dengan kuah santan kelapa.
13. Kuih Asam Gumpal
Kuih asam gumpal merupakan sejenis hidangan kuih
tradisional Melayu yang lemak manis dan dihasilkan dengan menggunakan sagu mata
ikan atau sagu biji dengan inti dan dimasak dalam kuah santan.
Kuih asam gumpal disediakan dengan menggunakan sagu biji
yang telah direbus dengan air yang dicampurkan dengan garam bagi membangkitkan
rasa. Selepas itu sagu yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan dijemput
dengan tangan kepada bentuk akhir. Biasanya asam gumpal ini akan digumpal
menjadi bulat sebesar satu gumpalan tangan. Ia kemudiannya akan dimasak dalam
kuah santan sehingga pekat. Campuran gula merah, halia dan halba juga ditambah
bagi menambahkan perisa.
14. Pulut Bakar
Pulut bakar ini disediakan dengan beras pulut, santan
pekat, gula pasir, bunga cengkih dan halba. Ia berbeza dengan pulut panggang yang biasa dimakan di
Pantai Barat.
15. Ketupat Sotong
Ketupat sotong bukanlah ketupat yang selalu dimakan pada
hari raya tapi ketupat sotong ini menggunakan pulut yang diisikan ke dalam
sotong kemudian dimasak dengan gula Melaka dan bahan-bahan lain.
16. Itik Solo
Itik Solo adalah
seperti itik panggang. Apa yang menariknya ialah rempah-rempah yang digunakan
oleh masyarakat Kelantan sedikit berbeza dengan di Pantai Barat. Jadi anda
perlu cuba masakan ini untuk rasa yang unik.
17. Etak
Etak atau ada juga yang panggil etok-etok merupakan
sejenis hidupan seperti kerang. Tetapi yang menariknya ia hanya popular di
Negeri Kelantan. Mungkin di tempak lain juga ada, cuma ianya tidak sepopular di
sana.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


Masa blajar kat kelantan hari tu slalu juga makan nasi kerabu...tp kuih2 kelantan yang manis2 tak makan sebab tak lau manis sangat :D
ReplyDelete:: anmashealthcare.blogspot.com ::