Petua Hilangkan Kuali Berkarat


Assalamualaikum…

Mesti ramai diantara kita yang mempunya masaalah yang sama dengan saya… cuba tengok bawah ni…






Huhuhu.. baru tengok saja pun mesti dah rasa penat sangat. Tu belum lagi masuk bab kena sental-menyental dan gosok-menggosok mesti sakit jari-jemari dan tangan ni kan. Jadi untuk korang yang ada masaalah kuali berkarat macam ni jom cuba petua-petua dibawah ini. Selamat mencuba.

1)     GunakanAsam Jawa

-      Caranya ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk berkarat yang ingin dicuci itu.

-      Gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi dan lakukan sehinggan kesan karat hilang dan bilas hingga bersih.


2)    Menggunakan Pencuci Pinggan

-      Caranya, sebelum memasak sapukan dahulubahagian luar periuk dengan pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap memasak, cuci periuk dengan penggosok.


3)    Menggunakan Baking Soda + Air 

-      Kadang-kadang apabila memasak kita cuai, jadi ada tanda  hangus pada periuk. Cara hendak hilangkannya masukkan sedikit baking soda+ sedikit air dan biarkan beberapa jam. Kemudian, bersihkan periuk seperti biasa.


4)    Menggunakan Cuka+ Garam 

-      Hilangkan karat di periuk, kuali dan belangga anda dengan membersihkannya dengan campuran cuka dan garam, kemudian dijemur sehingga kering.


5)    Menggunakan Sos Tomato

-      Sapukan di tempat yang karat dan biarkan selama 2 jam. Kemudian bilas hingga bersih. Hasilnyaamat menakjubkan.


6)    Menggunakan Kulit Kentang 

-      Letakkan kulit kentang di dalam periuk yang berkerak dan isikan air separuh daripada periuk itu. Kemudian, letakkan di atas api. Tunggu sehingga didih dan toskan. Anda akan lihat kerak di periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.















Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan dibimbing FROM ZERO to HERO..

Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.




Comments

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]