Resipi Ikan Siakap Masam Manis


Assalamualaikum…


Mesti ramai diantara kita yang suka makan masak ikan siakap masam manis. Cuba bayangkan ikan yang digoreng rangup kemudian disirim dengan sos masam manis. Wahh.. meleleh air liur rasa. Hari ini jom saya kongsi resipi ikan siakap masam manis yang menjadi kegemaran keluarga saya.








  Bahan-bahan yang diperlukan


  • Seekor ikan siakap (bersaiz sederhana)

  • 1 sudu teh tepung jagung

  • 1 sudu teh garam

  • 2 sudu teh perahan air limau nipis.

  • ½ sudu teh serbuk lada sulah

  • sedikit halia, dicincang halus

  • sedikit serbuk kunyit




Bahan Untuk Sos Resepi Ikan Siakap Masam Manis


  • 2 sudu besar margarine

  • 2 biji bawang Bombay, dicincang kasar

  • 1 biji bawang putih, diketuk-ketuk, cincang

  • 2 biji cili besar, dihiris 

  • 2 cm halia, dicincang halus

  • 1 biji tomato dicincang halus dan ketepikan.

  • 100 ml air

  • 3 sudu besar sos tomato

  • 1 sudu teh garam

  • 1 sudut teh gula pasir

  • 1 sudu teh tepung kanji, larutkan dengan sedikit air.




Cara Membuatnya


1.Cuci bersih ikan siakap. Lumurkan ikan dengan halia dan air perahan limau nipis sehingga rata. Biarkan selama 30 minit untuk menghilangkan bau hanyir ikan tersebut.

2.Kemudian lumur ikan tersebut dengan serbuk kunyit, serbuk lada sulah, garam dan tepung jagung.

3. Setelah itu goreng dalam minyak panas dan biarkan hingga berwarna kuning kecoklatan.

4. Setelah masak, angkat dan tiriskan minyak.




Cara Membuat Sos


1.Panaskan margarine hingga cair.

2.Tumis bawang Bombay dan bawang putih sehingga naik bau.

3.Tambahkan halia dan cili besar, kacau hingga layu.

4. Kemudian, masukan kesemua bahan-bahan lain.

5.Kacau hingga mendidih, setelah itu masukkan larutan kanji, kacau sehingga pekat.

6. Letak ikan siakap di piring hidangan dan tuanglah sos tersebut di atasnya.

7. Dah siap dan bolehlah disajikan.



Selamat Mencuba..











Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan dibimbing FROM ZERO to HERO..

Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.






Comments

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]