Assalamualaikum…
Selamat pagi semua, harini awal-awal bangun semanagat
cari resipi Roti Sarang Lebah. Nyumm. Nyummm… sedapkan, semalam nanpak ada
kawan post pasal roti ni kat facebook. Terus rasa teringin nak makan, puas
google kawasan Padang Serai yang jual Roti sarang Lebah ni tapi memang takda
nasib baik bukan mak buyung kalau tak semalam jugak minta Encik suami carikan.
Jadi hari ini saya cuba cari resipi, rasa nak cuba buat pulak jom kita sama-sam
cuba resipi ni.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat Roti Sarang Lebah
- 2 cawan tepung gandum (protein tinggi)
- ½ sudu serbuk penaik segera/yis
- ¼ garam halus
- ½ baking powder
- 1 sudu besar gula pasir
- ¼ cawan plain yogurt
- ¼ cawan minyak jagung
- ½ cawan air suam
(Jika suka anda boleh letak almond flakes, pumpkin seeds
atau biji bijan untuk topping)
Cara Membuatnya:
1. Campurkan gula dengan air suam. Kacau rata. Kemudian
masukkan serbuk penaik segera/yis. Biarkan sehingga berbuih. Ketepikan. (jika
tidak berbuih , bermakna ia tidak menjadi. Sebaiknya tidak digunakan kerana doh
roti akan jadi tidak mengembang. Bermakna, kena guna yang lain.)
2. Kemudian tuang tepung gandum yang sudah diayak dengan
baking powder ke dalam larutan yis tadi.
3. Tambahkan garam dan
plain yogurt.
4. Gaul merata sambil mengulinya. Kemudian masukkan
minyak jagung sedikit demi sedikit dan teruslah menguli doh sehingga ia tidak
melekat di tangan.
5. Uli sehingga adunan tersebut elastik.
6. Bila dah rasa sempurna, biarkan doh tadi mengembang
dua kali ganda. Letak di tempat yang sedkit panas atau tertutup.
7. Apabila anda mendapati doh tersebut telah mengembang,picit-picitkannya supaya
anginnya keluar.
8. Kepalkan adunan tersebut dah bentukkan bulat-bulat
kecil dengan tangan anda yang telah disapu dengan minyak. Kemudian susun rapat
di dalam loyang yang juga telah disapu dengan sedikit minyak.
9. Buat sampai habis. Doh tersebut memang agak lembik dan
sentiasa melekat di tangan anda. Itu perkara normal.
10. Kemudian, taburkan dengan almond flakes atau pumpkin
seed. Itupun jika anda suka. Biarkan doh seketika, sehingga naik dua kali
ganda.
11. Sementara itu, panaskan oven dengan suhu 180 celcius
dan bakar selama 10-15 minit. (api atas bawah)
12. Jika terlebih masak, roti akan menjadi keras. Jadi,
hati-hati.
13. Apabila sudah masak, keluarkan dari oven dan terus
curah sos butterschotch di atasnya.
14. Ok, sedia untuk dihidangkan.
Cara Membuat Sos Butterscotch
Bahan-bahan yang diperlukan:
- ½ cawan gula perang/gula merah/gula Melaka (boleh sahaja mengikut citarasa anda)
- ½ cawan susu cair
- ½ sudu teh esen vanilla
- 25g butter
- sedikit garam
Cara Membuatnya:
1. Cairkan butter dalam periuk.
2. Masukkan gula perang/gula merah/gula Melaka kacau
sehingga gulanya larut sepenuhnya dan berbuih.
3. Tuangkan susu cair sedikit demi sedikit sambil
mengacaunya.
4. Masukkan esen
vanilla tadi. Kacau sehingga sebati.
5. Selepas itu boleh tutup api dan sejukkan seketika
sebelum sedia dicurah ke atas roti tadi sebagai topping nya.
Selamat mencuba…
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


sedapnyaaa kak.. nak try buat lah...
ReplyDeleteSIHAT DAN CANTIK DENGAN ALOE VERA
jom fisha kita try buat. nampak mudah jer kan.
Deleteposkan neni sket sarang lebah ni:)
ReplyDeletehihi...boleh neni tapi takut abg pos laju yang makan dulu...
DeleteSedapnye....Teringin nak makan tp rumah kite tkde oben..
ReplyDeletebomdaseri.blogspot.com
JOM RAIKAN TETAMU
Delete