Shawl Murah


Assalamulaikukum…


Mesti ramai diantara kita suka memakai shawl, selain mudah dan senang untuk dipakai factor harga juga memain peranan penting mengapa ramai orang suka memilih shawl untuk digayakan. Tetapi ada sesetengah gemar membeli shawl yang mahal, pada saya barang murah tak semestinya tak bagus, tidak berkualiti dan tak nampak cantik apabila dipakai. Ini kerana jika pandai digayakan shawl yang murah masih mampu membuatkan kita kelihatan cantik dan menawan. Selain dari harganya yang murah, terdapat juga kelebihan lain yang anda mungkin boleh buat anda  terkejut. Bahkan kalau kena padanannya, shawl murah pun mampu membuatkan anda tampil lebih fashionable.






Antara Kelebihan Shawl Murah

Boleh didapati di mana sahaja

Anda tidak perlu bersesak-sesak pergi ke pusat membeli belah atau butik-butik tudung terkenal  semata-mata untuk membeli shawl. Walaupun shawl murah ini dijual di merata tempat, namun fungsinya tetap sama iaitu untuk menutup aurat.

Menjimatkan wang

Hidup di zaman yang moden ini memerlukan banyak komitmen. Anda mungkin berfikir bagaimana caranya untuk ‘cut-cost’ dari perbelanjaan seharian anda. Daripada membeli pakaian atau shawl yang berjenama, apa kata anda bertukar kepada shawl murah. Selain dapat menjimatkan kos, anda juga dapat bergaya tanpa perlu berhutang sana-sini.

Tetap cantik

Tidak semestinya shawl murah tidak cantik untuk dipakai. Anda perlu pandai memilih dan bergaya dengan pemilihan shawl murah. Jika anda membeli shawl yang berjenama sekalipun, tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk menggayakannya, keadaan tetap menjadi sama juga.

Pelbagai pilihan dan corak

Shawl murah mempunyai pelbagai jenis pilihan dan corak. Pernah tak anda tiba-tiba ternampak jenis shawl berjenama yang anda beli turut dijual di pasar malam menggunakan fabrik yang sama dan corak yang sama? Pasti anda merasa menyesal bukan. Jika anda bijak memilih dan bijak bergaya tentu ramai yang tidak dapat bezakan antara shawl murah dan berjenama.

Penggunaan fabrik yang sama

Sebenarnya kebanyakan pengusaha shawl membeli kain di kedai kain yang sama. Jadi, tak mustahil jika shawl berjenama yang anda beli turut di jual di pasar malam. Mungkin apa yang membezakannya ialah cara jahitan dan potongan. Jenis fabrik kebanyakannya adalah sama sahaja. Tidak dapat dinafikan, sesetengah shawl berjenama menggunakan jenis fabrik yang berkualiti tinggi, namun shawl murah juga mempunyai kualiti dari sudut lain.

Fesyen yang sering bertukar-tukar

Pembaziran berlaku apabila barang yang anda beli hanya dipakai untuk beberapa kali sahaja. Sama juga seperti fesyen dan trend shawl yang sering bertukar ganti. Sekurang-kurangnya jika fesyen dan trend bertukar-tukar, anda tidak akan merasakan ia sebagai satu pembaziran jika membeli shawl murah berbanding shawl berjenama.

Kepuasan yang berbeza

Memakai shawl yang berjenama mungkin memberikan kepuasan kepada si pemakai, tetapi jika anda mendapat pujian yang melimpah ruah dari rakan-rakan tentang shawl yang anda gayakan walaupun harganya murah, tentu anda akan lebih berpuas hati.

Jumlah kuantiti yang dapat dibeli

Apabila anda membeli shawl murah, anda mungkin dapat membelinya dengan kuantiti yang lebih berbanding jika anda membeli shawl berjenama yang agak mahal, anda mungkin mampu membeli hanya sehelai sahaja.


Jenis-Jenis Shawl

  •  Chiffon Beaded Shawl
  •  Cotton Shawl
  • Pashmina Shawl
  • Egyptian Shawl
  • Cotton Gypsy Shawl
  • Satin Shawl
  • Plain Shawl Swarovski
  • English Shawl
  • Knitted Shawl
  • Silk Shawl
  • Designer Shawl



Bijak memilih dan bergaya adalah kunci untuk tampil menawan dan anggun. Tak kisah, murah ataupun mahal. Membeli dengan hasil titik peluh sendiri sekalipun sehelai shawl murah, namun ia tetap bermakna.














Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan dibimbing FROM ZERO to HERO..

Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.




Comments

  1. Zaza pun suka pakai shawl.. Belit sana.. belit sini..

    Jom Tengok : Ikan Segar Jeti Sungai Udang

    ReplyDelete
  2. tak perlu beli shawl yang mahal.. bbeli yg murah n nise kain dia.. tak pun buat sndiri.,. senang..
    My Recent Post : SKINCARE YANG BERKESAN UNTUK SEMUA MASALAH KULIT ANDA

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]