Assalamualaikum…
Jika anda terlambat datang haid ataupun ‘period’ bukanlah
satu-satunya tanda awal kehamilan. Malahan, pada ketika anda menganggap diri
anda masih ‘period’ sekalipun, bukan bermakna pada ketika itu anda tidak hamil
atau mengandung. Sebenarnya, apakah
tanda awal yang menunjukkan anda benar-benar mengandung?
Apabila sseorang itu hamil tubuh anda akan mengeluarkan
sejumlah hormon kehamilan. Hormon-hormon inilah yang akan bertanggungjawab
kepada bebrapa perubahan keadaan fizikal anda.
Ketahui beberapa tanda awal kehamilan. Antaranya:
1. Payudara Membengkak
Secara tiba-tiba sahaja payudara anda akan jadi membesar,
membengkak dan terasa amat sakit apabila disentuh. Bahkan, pemakaian bra atau
coli merupakan satu seksaan buat anda. Selain itu, warna areola juga menjadi
lebih gelap daripada kebiasaannya.
2. Rasa Loya & Muntah (Morning Sicknes)
Hampir 50% wanita yang mengalami tanda awal kehamilan
memiliki tanda sebegini.Setiap pagi, anda akan bangun dengan perut mual dan
perasaan ingin muntah. Adakalanya perasaan loya, mual dan rasa ingin muntah itu
berlanjutan sepanjang hari. Peningkatan hormon Human Chorionic Gonadotrophin
akan mengakibatkan efek pedih pada lapisan perut dan menimbulkan rasa mual.
Namun, ada jugayang mengalami rasa tersebut pada malam hari, terutama apabila
anda mencium aroma yang tidak disenangi.
3. Cepat Letih & Mengantuk
Sebelum ini, anda sanggup mengemas rumah, menyiram pokok
bunga ataupun melakukan sesuatu yang anda sukai bagi mengisi masa lapang, namun
sekarang anda sudah tidak sanggup. Terasa seperti ingin berbaring sahaja
sepanjang hari kerana badan terasa amat penat sekali.
Selain perubahan hormon ketika hamil, ia juga disebabkan
oleh gerak kerja dari beberapa organ vital seperti ginjal, jantung, paru-paru
yang semakin bertambah. Organ-organ vital bukan hanya bekerja bagi memenuhi
keperluaan anda sahaja, namun untuk pertumbuhan dan perkembangan janin.
4. Kerap Sakit Kepala & Mahu Pitam
Tiba-tiba sahaja anda kerap diserang sakit kepala. Anda
juga mungkin akan terasa tubuh seperti ingin ‘melayang’ dan seperti mahu pitam
ataupun pengsan. Gejala sakit kepala dan hendak pitam yang sering dirasakan itu
disebabkan oleh faktor fizikal: rasa penat, mual, lapar dan tekanan darah
rendah. Selain itu, peningkatan pengaliran darah ke seluruh tubuh juga boleh
menyebabkan anda menjadi lebih kerap diserang sakit kepala.
5. Kerap Membuang Air Kecil & Sembelit
Tidur malam anda sering terganggu kerana anda selalu
terbangun untuk pergi ke tandas. Bahkan, sembelit juga akan menyerang anda.
Beberapa helai pakaian termasuk jeans kesukaan anda, kini tiba-tiba terasa
sempit terutama di bahagian perut.
Biasanya setelah ‘period’ anda terlambat satu hingga dua
minggu, keinginan untuk membuang air kecil akan menjadi lebih kerap daripada
kebiasannya. Ini disebabkan janin yang tumbuh di raham akan menekan kandungan
air kencing. Akibatnya, terjadi peningkatan dalam peredaran darah. Selain itu
kandungan kencing lebih cepat dipenuhi ‘urine’ dan keinginan untuk membuang air
kecil menjadi lebih kerap.
Sembelit juga terjadi akibat peningkatan hormon
progesterone. Selain mengendurkan otot-otot rahim, ia turut memberikan efek
kepada otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah membuang air
besar.
6. Sakit Pinggang
Selama ini anda mungkin tidak mempunyai masalah sakit
pinggang, namun sekarang di bahagian bawah pinggang terasa sangat sengal. Jika
betul anda mengandung, masalah ini akan anda alami sehingga anda selamat
melahirkan nanti.
7. Perut Kembung & Buncit
Perut terasa seperti kembung dan kram, gejala yang baisa
anda rasakan ketika menjelang ‘period’. Pada mulanya anda mungkin akan
menganggapnya sebagai salah satu daripada gejala PMS yang menyerang anda pada
setiap bulan. Selain itu, anda juga dapat merasakan perut anda semakin
membuncit!
8. Mood Mula Berubah
Tanpa sebarang alasan yang jelas, anda suka marah-marah
atau naik angin dengan pasangan. Ada ketikanya anda akan menangis tanpa sebab.
Perasaan anda sememangnya akan jadi turun naik tidak menentu.
9 .Mengidam Atau Menolak Makanan Tertentu
Tanpa alasan yang jelas, tiba-tiba sahaja anda teringin
untuk menjamah makanan tertentu yang sebelum ini mungkin bukanlah makanan
kegemaran anda. Atau sebaliknya, anda tiba-tiba menjadi tidak suka dengan
makanan yang selama ini anda sukai.
10. Sensitif Pada Bau
Ada di antara anda akan mengalami maslah sensitif pada
bau. Anda tidak tahan pada segala macam bau, terutama aroma makanan tertentu.
Disebabkan tidak tahan dengan bau yang anda anggap cukup memualkan, anda
mungkin akan muntah!
11. Peningkatan Suhu Tubuh
Biasanya suhu tubuh anda pada pagi hari ketika bangun dan
tidur dan sebelum melakukan sebarang aktiviti, sekitar 35,5 hingga 36 darjah
Celcius. Namun ia meningkat menjadi 37 hingga 38 darjah Celcius, ketika anda
subur selama dua atau tiga hari.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO.
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


Comments
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]