Tips Awet Muda


Assalamualaikum..







Mesti anda perasan ada yang orang yang walaupun usia dah meningkat tua tapi wajah awet muda. Mesti anda hendak mengetahui apakah rahsia di sebalik wajah sentiasa awet muda cantik berseri. Wanita masa kini amat perihatin berkaitan cara penjagaan penampilan diri,Jadi hari ini saya ingin berkongsi dengan anda rahsia wajah awet muda secara semulajadi.


Berikut ini salah satu Tips yang boleh di lakukan dalam merawat wajah agar selalu awet muda menawan.


1. Tidur secukupnya

Perlu tidur yang secukupnya agar wajah nampak cantik berseri dan segar sentiasa. Jangan paksa diri anda untuk kurang tidur kerana di sebabkan kurangkan tidur kadang-kadang anda akan naik selera makan dan anda mudah terdedah kepada makan di waktu malam.

Kebanyakkan orang suka makan di waktu malam kerana nak siapkan kerja yang perlu di siapkan sebelum esok hari atau sesetengah orang hendak belajar di waktu malam mereka juga makan agar mata boleh bertahan sehingga selesai belajar. Hal ini boleh menjurus kepada masalah kegemukan.

 2. Bilas wajah dengan air bersih setiap habis melakukan aktiviti luar.

Muka kita sentiasa terdedah kepada panas matahari dan juga habuk . Maka penting membersihkan wajah anda bagi mengelakkan pertumbuhan jerawat di wajah dan bagi mengelakkan wajah berminyak.


3. Gunakan kosmetik yang sesuai dengan jenis kulit wajah anda

Jika muka anda merasai kegatalan atau alergi . Jangan teruskan menggunakan produk itu kerana ianya mungkin ada kandungan kimia terlarang. Anda disarankan membeli produk berkualiti dari penjual kosmetik yang sah dan membeli barangan yang original dan di sahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


4. Berhati – hatilah dalam melakukan rawatan wajah

 selain daripada itu anda juga disarankan mencari terlebih dahulu  makluamat  mengenai perkhidmatan atau produk  jika ada sebelum anda menggunakannya. Rujuk testimonial pelanggan jika ada. Jangan bazirkan terlalu banyak duit kepada produk yang tidak mendatangkan faedah kepada anda. Cuba mencari produk yang boleh memberi kesan yang baik dan berkualiti.


5.  Selalu minum air kosong

Sangat penting untuk badan kita , kerana badan kita perlukan air yang banyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kerana badan kita perlukan banyak air untuk melakukan proses dalam badan. Kekurangan air salah satunya  boleh menyebabkan kekeringan kulit.




Sekarang ini tiada lagi rahsia awet muda kerana anda sudahpun mengetahuinya. Kongsikanlah kepada rakan-rakan anda menganai maklumat ini jika ianya memberikan manfaat kepada anda. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Jelitakan diri anda sekarang.















Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan dibimbing FROM ZERO to HERO..

Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.






Comments

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]