Assalamualaikum…
Salam pagi Jumaat pembaca semua, mesti ramai yang mood
ceria kan pagi ini. Biasala hari Jumaat mesti ramai yang ceria sebab esok atau
lusa dah nak bercuti. Hari ini saya ingin berkongsi tips khas untuk kaun hawa
iaitu tips mengurangkan sakit semasa senggugut. Sakitkan sengugut ni, sehingga
ada sesetengah orang terpaksa mengambil ubat penahan sakit untuk mengurangkan
sakit senggugut. Tapi tahukah anda ada kesan negative jika diambil dalam tempoh
jangka panjang, antaranya ialah kerosakan buah pinggang dan serangan jantung. Jadi
jika anda mengalami masaalah senggugut cuba amalkan tips ini.
Tips Mengurangkan Sakit Senggugut
Amalkan sikap positif dan bertenang.
Jangan terlalu fokus kepada kesakitan tersebut dan cuba
buat perkara lain yang boleh menenangkan anda. Banyakkan berzikir dan berdoa.
Awasi Garam Dalam Makanan
Pengambilan garam berlebihan akan membuatkan badan
menyimpan banyak air. Ini boleh menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika
haid. Makanan ringan merupakan contoh antara makanan yang mengandungi garam
berlebihan. Elakkan makanan seperti ini
beberapa hari sebelum kedatangan haid.
Gunakan Pad Pemanas
Pad pemanas ada dijual di farmasi, dan ia boleh digunakan
untuk melegakan rasa sakit di bahagian perut. Selain itu, cara yang lebih mudah
ialah dengan menggunakan botol berisi air panas yang dibalut dengan tuala
sebagai alat tuam. Anda juga boleh mandi air hangat atau suam untuk
mengurangkan kesakitan.
Minum Air Suam
Elakkan ais dan minuman sejuk. Minuman halia madu lebih
bagus. Semasa air baru mendidih, campurkan dengan 5 hiris halia dan 3 sudu
besar madu. Minum setelah suam.
Urut
Urutan mampu melegakan kesakitan akibat kontraksi
otot-otot di bahagian rahim. Gunakan minyak urutan panas berangin dengan urutan
lembut. Anda juga boleh mengambil bawang merah yang telah ditumbuk, dan
dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.
Petua Orang Tua
- Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan tumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum untuk sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
- Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
- Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantitinya sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam seminggu atau dua minggu sebelum haid.
- Semasa sakit akibat senggugut, anda dinasihatkan untuk meminum air teh pahit tanpa gula.
- Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku.
- Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu jari dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil lima biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan campurkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari pada waktu malam.
- Buah petola boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda boleh memakan sebarang masakan daripada sayur petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.
- Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.
Selamat mencuba!
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


petua yang bagus.. semulajadi lagi tu,,,tapi mcm siksa je nak kena minum air pinang bakar apa semua.. GLA kan ada.. hehe
ReplyDeleteCARA MENGHILANGKAN BINTIK KOLESTROL DI BAWAH MATA