Bahaya Rebonding Rambut


Assalamulaikum…

Terkejut dan terkesima saya hari ini bila baca tentang artiker bahaya rebonding rambut. Mana taknya saya baru saja rebounding rambut sebulan yang lepas. Lepas saja rebonding rambut memang rasa puas hati sangat rambut lurus dan lembut saja. Kepala pun rasa ringan saja. Tapi bila tahu tentang bahayanya, rasanya ini kali pertama dan terakhir saya meluruskan rambut. Jom saya kongsi dengan anda bahaya rebonding rambut.





Kesan  Rebonding Rambut

Risiko kanser

Tahukah anda rebonding rambut  boleh menyebabkan kanser? Sebaiknya, elakkan rebonding rambut. Kesan sampingan ini timbul disebabkan oleh ubat atau vitamin yang digunakan sebelum meluruskan rambut dengan menggunakan alat pelurus.

Alergi atau alahan

Bahaya lain ialah ia  menyebabkan alergi pada kulit kepala anda. Misalnya gatal-gatal, kelemumur, iritasi pada kulit, dan sebagainya.

Pendarahan pada hidung

Ada kajian mengatakan, ubat yang digunakan oleh salon rambut untuk teknik rebonding rambut atau meluruskan rambut adalah ubat yang berbahaya. Ubat  tersebut mengandungi sejenis bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan pendarahan pada hidung.

Rambut rosak

Selain itu, rambut anda menjadi mudah gugur dan bercabang. Hal ini disebabkan oleh tahap kepanasan elektrik yang dialirkan melalui alat pelurus tersebut akan membuat pertumbuhan rambut menjadi tidak seimbang dan menyebabkan rambut sukar untuk tumbuh sihat. Di samping itu, penggunaan pewarna rambut juga mempengaruhi kerosakan pada rambut.


 Ciri-Ciri Bahan Kimia Di Dalam Produk Rebonding Rambut

  • Bahan kimia yang digunakan di dalam setiap produk rebonding rambut ialah Formaldehyde.
  • Larutan formalin lebih dikenali dengan nama Formaldehyde dehydrogenase.
  • Larutan formalin amat berbahaya kepada kesihatan jika anda terdedah dengan bahan kimia tersebut pada kepekatan melebihi 20 bahagian per juta.
  • Merupakan larutan bahan kimia yang tidak berwarna, mempunyai sifat yang mudah terbakar pada suhu bilik serta mempunyai bau yang agak menyengat atau “tajam”
  • Boleh menyebabkan rasa terbakar pada mata, hidung dan paru-paru apabila terdedah pada kepekatan yang tinggi.
  • Mudah larut dalam air dan tersejat udara.
  • Digunakan dalam sektor perkilangan seperti pembuatan kertas, papan lapis, resin urea formaldehid, hospital dan di makmal bagi tujuan pengawetan tisu spesimen.
  • Merupakan karsinogen yang bertindak sebagai mutagen yang mampu menyerang, menganggu kenormalan serta memusnahkan bahan genetik yang terdapat dalam sel badan mangsa.
  • Kajian menunjukkan pendedahan secara terus terhadap larutan formalin mampu menyumbang kepada penyakit kanser paru-paru, kanser otak dan leukimia.
  • Sebagai bahan pengawet agar kualiti dan jangka hayat daging ikan dan produk makanan laut dapat bertahan dengan lebih lama.


Cara Merawat Rambut Rosak Akibat Rebonding Rambut


Jangan menggunakan alat pengering rambut

Alat pengering rambut dapat merosakkan lagi jaringan rambut dan kulit kepala bahkan dalam kondisi rambut normal. Anda dinasihatkan untuk mengeringkan rambut secara semulajadi dengan membiarkan ia kering dengan sendirinya.

Jangan menggaru kepala

Menggaru kepala bukan hanya menandakan bahawa keadaan rambut anda tidak sihat, dan memang tidak dapat dinafikan menggarukan kepala memberikan kenikmatan. Namun, bagi rambut yang direbonding  ia akan merosakkan lagi kulit kepala jika anda menggarunya sekaligus merosakkan jaringan rambut dan menyebabkan kelemumur.

Gunakan shampoo yang sesuai dengan kondisi rambut

Cara merawat rambut rebonding dan untuk mengekalkan hasil rebonding tersebut, sebaiknya gunakan perawatan khusus yang disarankan.

Biasakan menggunakan sikat bergigi jarang

Sikat yang bergigi padat sebenarnya boleh merosakkan rambut. Hal ini bukan hanya untuk sesiapa yang membuat rebonding rambut, malah kepada rambut normal juga. Hal ini adalah kerana ia dapat mengelakkan rambut anda dari ditarik terlalu kuat.














Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan dibimbing FROM ZERO to HERO..

Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.





Comments

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]