Healing Crisis : Shaklee

Assalamualaikum…

Pernakah anda berasa sakit kepala, loya, tidak boleh tidur dan sebegainya apabila menganbil vitamin Shaklee. Jangan risau, sebenarnya itu adalah tanda-tanda “Healing Crisis”.




Apa itu ‘Healing Crisis’?

‘Healing Crisis’ atau lebih difahami sebagai krisis penyembuhan berlaku apabila badan kita yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh.

Proses ini sering disalah erti. Ramai yang beranggapan ia akan memburukkan lagi keadaan individu dan merupakan ketidakserasian terhadap vitamin/supplement. Ia adalah TIDAK BENAR! Apa yang berlaku sebenarnya adalah proses pembuangan toksin dan elemen-elemen tidak sihat dari dalam badan. Proses ini adalah perlu untuk ‘membersihkan’ badan kita daripada elemen-elemen yang merbahaya dan tidak sihat agar kita mendapat kesihatan yang lebih baik.

Sebenarnya apa yang anda alami itu bukanlah kesan sampingan tetapi adalah proses penyembuhan yang baik untuk tubuh badan dan menandakan vitamin/supplement yang anda makan itu menunjukkan tindakbalas yang baik. Bila toksin dah dikeluarkan mudahlah penyerapan vitamin yang kita makan.

Dalam tempoh ‘healing crisis’ ini, seseorang individu akan mengalami beberapa ketidakselesaan seperti sakit kepala, mual, letih, ruam pada kulit, cirit birit, demam, dan sebagainya mengikut keadaan badan individu tersebut. Namun, ia hanya bersifat sementara. Ada yang mengalaminya 1-2 hari, minggu, atau mungkin bulan, terpulang kepada tahap kesihatan individu terbabit.


Bagaimana Nak Kurangkan Kesan ‘Healing Crisis’?

Minum air suam/plain water dengan banyak dan kerap dapat membantu dalam mengatasi ‘healing crisis’. Badan kita memerlukan air yang banyak untuk menyahtoksik elemen-elemen tidak baik tadi keluar dari badan. Walaupun ada yang merungut kerana terpaksa pergi ke tandas dengan kerap. Tetapi, itulah yang terbaik. Jadi, jika anda mengalami ‘healing crisis’ selepas mengambil/makan vitamin Shaklee, amalkan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. InsyaAllah, kesan itu akan berkurang dengan izinNya. Sekali lagi saya ingatkan, ‘healing crisis’ bukan bererti vitamin tersebut tidak serasi dengan anda, tetapi ia menunjukkan petanda baik kerana badan kita bertindak balas dengan vitamin yang anda makan.

Selain daripada minum banyak air, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran juga dapat membantu. Ini kerana buah dan sayur mengandungi banyak serat yang boleh menjadi medium pembuangan toksin daripada najis.





Kenapakah proses pembuangan toksin boleh mendatangkan kesan sedemikian?

Sebenarnya ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindakbalas normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh.Umpama sebuah tangki yang berkarat di bahagian dalamnya. Apabila dibersihkan, maka keluarlah karat2nya, lalu tinggallah tangki yang bersih. Tubuh kita seperti tangki itu yang penuh dengan karat. Oleh itu, seperti karat2 yang keluar bila dia dibersihkan, toksin dan benda bahaya akan keluar dari badan kita bila mengambil supplement.


Berikut adalah kesan-kesan ‘healing crisis’ dan penyebabnya:

Comments