Cara Mengurangkan Senggugut Semasa Haid


Assalamualaikum...




Mesti ramai dikalangan kita yang mengalami masaalah Senggugut Semasa Haid. Betul tak??? Memang sakit kan? Hmm...sapa yang pernah rasa saja yang tahu. Siksanya rasa sampai ada yang terguling-guling. Ramai diantara kita mengambil ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan semasa haid. Tapi tahukah anda “Ubat Penahan Sakit” boleh memudaratkan jika dia amalkan dalam jangkamasa panjang.. Jadi Entri kali ini saya ingin berkongsi TIPS MENGURANGKAN RASA SAKIT SEMASA HAID.


1. Teknik Botol Ajaib ( botol panas )
Teknik ini sangat popular di kalangan wanita. Cukup dengan meletakkan botol berisi air panas atau pad panas / hangat pada bahagian perut untuk mengurangkan rasa kejang dibahagian perut.


 


2. Urutan
Berbaringlah dengan posisi kaki sedikit lebih tinggi (anda boleh meninggikannnya dengan bantal). Selepas itu, urut bahagian perut / abdomen secara perlahan.


 


3. Sukan/Riadah Ringan
Jangan percaya dengan mitos bahawa wanita yang sedang haid tidak boleh bersenam. Sukan ringan seperti bersenam, berjalan kaki mahupun berbasikal boleh membantu memperlancarkan aliran darah pada otot sekitar rahim. Kesannya, rasa ngilu pun akan berkurang. Jadi usah rasa ragu-ragu untuk bersenam sebelum dan ketika masa datang bulan ya.




4. Ubat tradisional
Jika cara diatas masih belum membantu mengurangkan rasa sakit perut anda, mungkin anda boleh cuba menggunakan ramuan nenek moyang untuk mengatasi masalah kesakitan haid. Tumbuhan berubat seperti daun dewa, mawar, siantan / soka, daun hia / baru cina, teki dan temu lawak, dipercayai mempunyai banyak khasiat. Diantaranya, mempunyai kesan analgetik (meredakan rasa sakit), melancarkan peredaran darah serta mencairkan bekuan darah.





5. Kunjungi Doktor
Ada sesetengah wanita mengalami senggugut kerana gangguan ginekologis seperti endometriosis, penyempitan serviks, malposisi uterus, penyakit radang pelvis maupun ketumbuhan di panggul. Oleh kerana itu, jika anda mengalami gangguan seperti ini, anda diharuskan berjumpa doktor pakar untuk merawat kesakitan anda.


 


6. Diet Sihat
Ini termasuk banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar, serta air yang banyak. Cuba untuk mengesan bagaimana makanan tertentu mempengaruhi tempoh kesakitan perut anda. Makanan yang mengandungi banyak serat amat berguna dalam pembersihan estrogen yang berlebihan (yang boleh membawa kepada tempoh dan kekejangan yang lebih berat dan lebih menyakitkan)




7.  Elakkan pengambilan alkohol dan kopi
Alkohol dan kafein di dalam kopi akan membuat kekejangan perut anda bertambah teruk.





8.  Ambil pil tambahan kesihatan 
Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin dapat mengurangkan kesakitan semasa haid. Berikut cadangan SET SENGGUGUT SHAKLEE yang dapat membantu mengurangkan rasa sakit semasa haid.




 B Complex
  • Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
  • Vitamin B6 juga meringankan simptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.


 OsteMatrix (Kalsium Magnesium)
  • Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
  • Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom yang lain
  • Wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.


GLA Complex
  • Apabila seseorang itu mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan otot didalam rahim. Kajian mengatakan, keadaan ini terjadi apabila tubuh seseorang kekurangan GLA ( Gamma Linolenic Acis). Jadi dengan pengambilan GLA COMPLEX SHAKLEE adalah sangat perlu untuk memenuhi gla yang kurang itu tadi.
  • Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
  • Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut.



Jika anda ingin mencuba SET SENGGUGUT SHAKLEE untuk  membantu mengurangkan rasa sakit semasa haid, boleh hubungi saya…

KHAIRULDIYANA BT MOHM ZAINI
SHAKLEE id : 1066543
♥ Sms/WhatsApp/Wechat : 011-39260329
♥ Emel : khairul_diyana83@yahoo.com
♥ Fb : https://www.facebook.com/khairuldiyana.diyana
♥ Page : https://www.facebook.com/diyana83
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminpadangserai







Comments