Assalamualaikum..
Mesti seronokan bila bergelar ibu dan bapa, pengalaman
yang cukup indah dan bermakna semasa kita membesarkan dan mendidik anak-anak. Tapi
kadang-kadang sikap dan perangai anak-anak yang ingin meneroka dunia baru ini
seringkali mencabar kita dalam mendidim dan membentuk mereka. Ada sesetengah
anak-anak bersikap degil memnyebabkan ibu bapa hilang sabar. Lazimnya, ibu bapa
akan membuat memek muka yang menakutkan si anak. Tahukah anda, ia menjejaskan
perkembangan emosi dan mental kanak-kanak. Justeru, ibu bapa harus memberi
lebih tumpuan dan kasih sayang kepada mereka.
Jom Ketahui Cara Kurangkan Marah pada Anak Degil
1) Berfikir dahulu sebelum memarahi anak
- Sebelum memarahi anak fikirkan jika anda dimarahi sedemikian. Fikirkan secara rasional, anda juga tidak mahu dimarahi.
- Memberi nasihat kepada mereka jangan diulangi kesilapan itu. Buatkan mereka faham perkara yang dibuat itu adalah salah, berdosa atau sebagainya.
2) Mendidik anak dengan cara yang betul
- Didik anak anda secara lemah lembut, gunakan ‘eye contact’ pandangan mata ketika berkomunikasi.
- Didik anak anda dengan rasa sayang melalui tindakan mimik muka, barulah anak merasai kehadiran anda dan bukan sebaliknya.
- Didik anak dengan kata-kata positif, jangan membezakan anak anda dengan orang lain. Ini kerana keyakinan mereka akan merundum.
3) Memberikan Tumpuan kepada anak
- Berikan tumpuan terhadap kelebihan si anak, jangan cepat melenting jika mereka tidak memahami perkara itu. Sebaliknya, ajari mereka agar boleh lakukan.
- Si anak juga mempunyai kehendak, keinginan serta permikiran mereka sendiri. Anda cuma tumpukan perhatian dan membimbing ke arah yang betul.
4) Elak dari Mengeluarkan Kata-Kata Negatif
- Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif kepada anak anda. Ini akan membuatkan dirinya berasa tidak di sayangi dan akan cenderung kepada pembesaran budaya negatif pada masa hadapan.
- Jangan mengutuk atau menjatuhkan maruahnya di depan ahli keluarga, kawan-kawan atau sanak saudara.
- Banyakkan membaca ayat al-quran, ini kerana ayat al-quran mampu melembutkan hati anak-anak anda.
Kesimpulannya, jika ibu bapa pandai mendidik jati diri
anak dengan baik, nescaya anak juga akan menjadi seorang insan yang berguna
pada masa hadapan. Dengan itu, usahlah mengajar anak dengan cara yang marah
kerana akan memberi kesan di kemudian hari.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.
Comments
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]