Assalamualaikum…
Harini lambat siapkan entri untuk tugasan (RTI). Huhuhu…
bukanya sibuk tapi harini rasa tak
tertahan sangat sakitnya gigi yang berlubang ni. Macam-macam rasa sakit dan
ngilu dalam gigi yang berlubang tu. Bukan ja sakit dibahagian gigi yang
berlubang, kepala pun berdenyut-denyut sahaja. Jadi untuk menhilangkan sakit
gigi tersebut say pun google untuk menghilangkan sakit gigi ni. Jom saya share
info-info yang saya dapat tentang gigi berlubang.
Tanda-Tanda Sakit Gigi Berlubang
- Sakit gigi berdenyut-denyut hingga terjaga dari tidur.
- Gigi sensitif.
- Gigi berlubang.
- Kesakitan yang ringan hingga menusuk apabila makan atau minum sesuatu yang sejuk, panas atau manis.
- Bengkak muka dan kelenjar leher.
- Demam.
- Nanah sekeliling gigi.
Punca Gigi Berlubang
- Jika anda tidak memberus gigi selepas makan atau minum, plak akan terbina dan menghakis gigi anda. Sebaliknya, sesetengah makanan yang dianggap penyebab utama kerosakan gigi sebenarnya tidak. Misalnya gula-gula, jeli kacang dan karamel melekit dan manis seperti gula senang disingkirkan oleh air liur berbanding kerepek kentang yang melekat pada gigi.Makanan dan minuman tertentu seperti gula dan kanji hampir masak merupakan punca terbesar gigi berlubang. Contohnya, susu, madu, gula, soda, kismis, kek, gula-gula keras, pudina pernafasan, buah-buahan kering, biskut, bijirin kering, roti dan kerepek kentang.
- Kerap mengudap atau menghirup sesuatu seperti soda, memberikan asid lebih masa untuk menyerang gigi.
- Minum air botol atau air ditapis yang tidak mengandungi fluorida.
- Mulut kering. Air liur memainkan peranan penting untuk mencegah gigi mereput kerana ia menyahkan makanan dan plak.
- Tampalan gigi yang bertambah lemah selepas beberapa tahun mungkin tertanggal atau menyebabkan sisinya menjadi kasar lalu membentuk plak.
- Gusi yang menyusut memberikan ruang kepada plak terbentuk pada akar gigi.Gangguan pemakanan seperti anoreksia dan bulimia boleh mencetuskan kaviti dan hakisan gigi ketara hasil asid perut daripada muntah.
- Pedih ulu hati menyebabkan asid perut mengalir keluar memasuki mulut.
- Rawatan kanser tertentu seperti radiasi kepala dan leher.
Cara Untuk Mencegah Gigi Berlubang
- Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari selepas makan dan sebelum tidur dan juga berkumurlah selepas makan minum. Gunakan serat gigi/floss untuk membersihkan celahannya.
- Lakukan pemeriksaan dan pembersihan gigi profesional secara berkala.
- Elakkan terlalu kerap mengudap dan menghirup sesuatu.
- Hindari makanan yang boleh terperangkap di alur dan lubang gigi untuk jangka masa panjang. Contohnya, kerepek, gula-gula atau biskut. Sebaliknya, makan makanan yang mampu memberikan perlindungan kepada gigi seperti keju yang membantu mencegah kaviti.
- Memakai bahan pengetat penutup rekahan pada permukaan gigi
Petua Tradisional Menangani Sakit Gigi Berlubang:
Berikut terdapat beberapa petua yang anda boleh amalkan
untuk merawat sakit gigi berlubang:
Petua 1
Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Kemudian
kumur menggunakan air ini. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
Petua 2
Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga
lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
Petua 3
Ambil 8 biji buah belimbing buluh dan makan dengan
sedikit garam. Anda juga boleh tumbuk lumat buah belimbing buluh dan masukkan
ke bahagian gigi anda yang berlubang. Ia akan meredakan sakit gigi berlubang.
Petua 4
Tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan
tutup dengan kapas.
Petua 5
Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik
muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
Petua 6
Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih
hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang
gigi.
Petua 7
Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit
garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus.
Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
Petua 8
Ambil sebiji bawang merah dan kupaskan kulitnya. Panggang
bawang merah tersebut sehingga berwarna kehitaman. Semasa bawang merah masih
panas, letakkan pada gigi berlubang dan gigit.
Gigi berlubang tidak dapat sembuh dengan sendirinya.
Mungkin rasa sakit akan menghilang seketika, tetapi hakikatnya gigi tetap
berlubang. Bahkan lubangnya akan terus semakin membesar. Sekiranya sakit gigi
anda masih melarat, silalah berjumpa doktor gigi untuk dapatkan rawatan yang
selanjutnya.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.
Comments
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]