Demam Kuning Dikalangan Bayi Baru Lahir


Assalamualaikum..


Sekalipun bayi anda lahir dengan sihat dan cukup bulan, ia belum pasti yang buah hati anda selamat daripada demam kuning.


Demam kuning atau nama lainnya,’Jaundis’ terjadi apabila bilirubin iaitu pigmen kuning yang terhasil ketika penguraian normal sel darah merah. Ia terjadi hampir 60-70 peratus kepada bayi yang baru lahir.  Demam kuning ini biasanya berlaku dari hari pertama hingga ke-4 seseorang bayi itu lahir.


Penyakit kuning bagi bayi ini adalah bahaya kerana kajian menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, pendengaran bayi anda akan terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak juga akan terjejas. Oleh itu,sebagai ibu bapa,anda jangan pandang ringan mengenai jaundis ini.






Punca Demam Kuning


  • Kurang diberi susu ibu.
  • Jangkitan atau kelahiran yang trauma.
  • Bayi yang kurang disusukan selepas dilahirkan.
  • Bayi pramatang.
  • Darah ibu dan bayi yang baru dilahirkan berlainan.
  • Sejarah adik beradik si bayi yang pernah mengalami demam kuning.
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir akibat penggunaan oxytocin iaitu ubat mempercepatkan kelahiran.



Cara Mengenal Pasti Demam Kuning


Sekiranya bayi anda seringkali mengantuk, kerap tidur, jarang buang air besar dan kurang menyusu seperti biasa, maka anda bolehlah periksa kulit bayi anda. Caranya adalah dengan menekan kulit bayi dengan lembut samada di bahagian hidung,dahi atau dada dibawah cahaya yang banyak. Sekiranya ada kesan kekuningan selepas jari diangkat, bayi anda mengalami demam kuning. Sekiranya bayi anda berkulit gelap, periksalah pada gusi atau mata putih. Jika warna kekuningan sila dapatkan rawatan selanjutnya.



Rawatan Untuk Demam Kuning


Antara rawatan yang akan diberikan sekiranya si bayi dikenalpasti menghidap demam kuning adalah Phototherapy (Terapi lampu) iaitu penggunaan cahaya bililight.

Caranya adalah bayi akan dibogelkan, kemudian mata mereka akan ditutup dan diletakkan di bawah cahaya bililight sehingga bilirubin menurun.



Rawatan Lain Yang Boleh Dilakukan


1. Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerap.Kolostrum akan bertindak sebagai laksatif dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin.


2. Titiskan 5-7 titis, susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah penyakit kuning.


3. Setiap pagi,berikan bayi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya.


4. Setiap pagi juga,buatkan urutan lembut di pelipis bayi iaitu atas kening iaitu dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih.Cara ini adalah untuk mengelakkan demam kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan.


5. Galakkan bayi anda berjaga dan menyusu setiap dua jam.



Info Ekstra


Semasa mengandung,ibu hamil perlulah mengambil langkah pencegahan awal untuk mengelakkan bayi daripada terkena demam kuning dengan cara :

  • Menelan madu tanpa minum air sebanyak tiga  sudu atau minum air madu sebanyak lima  sudu.
  • Amalkan minum susu kambing dua cawan sehari iaitu semasa sarapan dan sebelum tidur.
  • Amalkan minum pati delima setiap hari.
  • Banyakkan makan kurma sebagai sarapan.
  • Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.












Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan dibimbing FROM ZERO to HERO..

Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.





Comments