Resepi Daging Masak Black Pepper


Assalamualaikum…









Tahukah anda, khasiat memakan daging boleh mencantikkan kulit kerana kandungan Vitamin C semulajadi? Tentunya resepi Daging Masak Black Pepper ini menjadi kesukaan ramai.


Rasanya lebih enak jika anda menggunakan bahagian ‘batang pinang’. Dagingnya sangat lembut, ditambah pula dengan aroma Black Pepper yang pasti membangkitkan lagi selera. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara menyediakanya.


Bahan-Bahan untuk memasak daging black pepper :


  • 500g daging (bahagian batang pinang)

  • 4 ulas bawang putih

  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)

  • 2 sudu besar sos tiram

  • Kicap manis

  • 2 tangkai cili merah (potong kasar)

  • Bawang besar Holland (dihiris nipis)

  • 2 sudu kecil tepung jagung

  • 2 sudu besar minyak

  • Hiasan daun bawang (dihiris nipis)




Cara untuk memasak daging black pepper:


1. Panaskan 2 sudu besar minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.

2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.

3. Kemudian masukkan kicap, kacau sebentar dan masukkan daging. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.

4. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.

 

Tip


Untuk membuatkan daging empuk, apakata anda guna teh. Buat dua cawan teh pekat dan sejukkannya.Kemudian rendam daging dalam air teh tersebut selama beberapa minit. Kandungan ‘tanin’ dalam teh berfungsi sebagai pengempuk semulajadi.









Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan dibimbing FROM ZERO to HERO..

Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.




Comments