Assalamualaikum...
Semut sering mengerumi sesuatu makanan yang manis dan
membuatkan kita sukar untuk menghapuskannya lalu membuang segala makanan yang
tercemar akibat perbuatan semut ini. Terdapat pelbagai semut di Malaysia ada
yang putih, hitam, merah dan perang.
Antaranya, semut yang bernama Coptotermes Formosanus
Shiraki atau Semut Kongkiak adalah sejenis semut perang yang merupakan hama
tanaman. Semut ini lebih besar daripada kerengga, bentuk semut ini besar,
berbisa dan boleh dijumpai di tanah perkuburan, bukit berwarna kemerahan.
Semut Marabunta atau biasa dikenal dengan Semut Tentera
(semut legion) merupakan jenis semut pemangsa agresif dalam mencari makan.
Semut Marabunta menyerang secara berkelompok dengan jumlah yang sangat besar.
Jom kita ketahui tips cara untuk menghalau semut dari rumah
anda.
1. Gunakan minyak masak, sapukan di sekeliling badan
pemanas air tu ataupun balang tempat simpan gula
2. Selain itu, boleh masukkan beberapa keping asam
gelugur (asam keping) ke dalam bekas gula. Bau asam keping tidak akan
menghilangkan atau menukar rasa manis gula, jangan risau.
3. Anda boleh juga meletakkan bunga cengkih pada laluan
semut. Anda juga boleh meletakkan bunga cengkih di dalam kabinet supaya semut
tidak membuat sarang.
4. Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan
gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.
5. Boleh juga masukkan beberapa biji bawang merah ke
dalam bekas gula. tidak perlu kupas kulit bawang tersebut.
6. Kulit telur
juga boleh digunakan, bakar kulit telur hingga menjadi abu, tabur abu ini pada
kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
7. Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada
kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumunan. Kalau duduk kampung,
senang sikit nak dapatkan daun sirih.
Kesimpulannya, semua bahan yang anda perlukan pasti ada
di dapur rumah, jadi tidak perlu binggung-binggung dengan masalah semut ini.
Selamat mencuba.
Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara
memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan
dibimbing FROM ZERO to HERO..
Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.
Comments
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]