Resepi Ketam Telur Masin


Assalamualaikum…


Mesti ramai dikalangan anda pening bila hendak memasak ketam. Ini kerana tak banyak resepi ketam yang boleh dicuba. Saya pun begitu juga selalu pening pikirkan resepi lain untuk ketam selain sambal tumis dan kari ketam. Jadi hari ini terjumpa resepi yang sedap ni. Nampak sangat mudah dan menyelerakan. Jom kita tengok resepinya, Insyaallah boleh cuba nanti.






Berikut Resepi Ketam Telur Masin


 Bahan-bahan yang diperlukan:


  • 3 ekor ketam bunga bersaiz sederhana


  • 6 biji telur masin (ambil kuningnya sahaja)


  • 4 cm halia (dikisar)


  • 7 biji bawang putih (dicincang halus)


  • 2 biji bawang besar (dicincang halus)


  • 5 biji cili besar merah (dikisar)


  • 3 biji cili padi (dikisar)


  • 5 helai daun kari


  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya


  • Daun bawang secukupnya – untuk di tabur di atas ketam


  • 1 sudu besar air asam jawa




Cara Membuatnya:


1. Cuci bersih ketam tersebut, dan angkat isi perutnya. Toskan dan campur dengan tepung jagung.

2. Panaskan minyak, goreng ketam tadi separuh masak. Angkat dan toskan minyak.

3. Sementara itu, kukus kuning telur masin. Haluskan. Biar berbentuk pasta. Ketepikan.

4. Dalam kuali lain, masukkan minyak dan tumis halia, bawang merah dan putih yang sudah dicincang halus tadi.

5. Biarkan sehingga naik bau, dan masukkan pula cili yang sudah dikisar tadi. Kacau sehingga sebati. Masukkan air asam jawa.

6. Kemudian masukkan kuning telur yang sudah dikukus tadi, baur sehingga sebati.

7. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa serta daun kari.

8. Kemudian masukkan pula ketam yang sudah digoreng.

9. Gaul seketika sehingga rata, jika terlalu kering tambah sedikit air.

10. Jika sudah cukup rasanya, tutup api dan gaul rata taburkan potongan daun bawang dan ketumbar sebelum disajikan.







Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan dibimbing FROM ZERO to HERO..

Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.






Comments

  1. saya mmg teringin sgt nak try makan ketam telur masin ni.. tapi tak berkesempatan lagi

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]