Tempat-tempat Menarik Di Melaka


Assalamualaikum…


Pastinya cuti persekolahan kali ini ada di antara kita yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga. Banyak tempat-tempat yang menarik di Malaysia yang boleh kita lawati. Antara tempat yang saya rasa paling menarik ialah Melaka.  Tetapi, sebelum anda memulakan percutian tersebut, ada baiknya anda mengenali terlebih dahulu serba sedikt tentang sejarah kota Melaka ini.






Melaka terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan Negeri Johor dan Negeri Sembilan. Negeri ini pernah dijajah oleh tiga buah negara iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris.


Ciri-ciri budaya dan alam binaan yang terdapat di Melaka adalah hasil daripada sejarahnya yang gemilang. Melaka cukup terkenal sebagai pusat perdagangan dan kebudayaan sejak 500 tahun yang lampau dan menjadi penghubung kepada kuasa Timur dan Barat. 



Antara tempat menarik di Melaka adalah:



1. Melaka River Cruise


Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan sebagainya.

Ia dibuka daripada jam 9.00 pagi sehingga 11.00 malam. Jika inginkan pemandangan yang tenang dan cantik anda boleh datang pada waktu malam kerana terdapat banyak lampu menerangi di sepanjang persekitaran sungai tersebut.

Tiket untuk rakyat Malaysia yang mempunyai Mykad
  • (Dewasa = RM 10 & Kanak-Kanak=RM 5).


Untuk pelancong asing harga tiket sekitar 
  • ( Dewasa= RM 15 & Kanak-kanak = RM 7.00).




2. Zoo Melaka


Zoo Melaka yang terletak di Ayer Keroh adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung ke Melaka berikutan kedudukannya yang strategik. Sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim cuti sekolah dann turut menarik minat pelancong asing.

Zoo Melaka adalah zoo yang kedua terbesar di Malaysia dan ia menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang diancam kepupusan. Selain anda berpeluang menyaksikan pelbagai  jenis hidupan liar, anda boleh menikmati keseronokan berinteraksi bersama gajah dan menunggang kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung ke sini.

Zoo Melaka turut menawarkan kunjungan pada waktu malam yang dikenali sebagai “Night Safari”. Jika anda berminat untuk merasai pengalaman serta melihat kehidupan haiwan pada waktu malam, anda bolehlah merasainya.

Zoo Melaka dibuka dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Biasanya tiket terakhir dijual sehingga jam 5.30 petang.

Manakala “ Night Safari” dari jam 8 malam sehingga 11 malam.

Tiket untuk pakej siang atau malam adalah sama iaitu :


Untuk pemegang Mykad
  • (Dewasa RM 15 dan Kanak-kanak RM 6, untuk orang tua RM 6)


Untuk pelancong asing
  • (Harga tiket untuk dewasa RM 20 dan kanak-kanak RM 15)




3. Taman Buaya Melaka


Taman Buaya Melaka juga terletak di Air Keroh. Mempunyai kira-kira 100 spesies buaya daripada serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka. Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu.

Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk dan salah satu lagi daya tarikan utama kepada pengunjung ialah Taman Permainan Air. Terbuka kepada semua pengunjung serta mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman di antara 1.5′  dan 2.5′. Tarikan lain di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.

Bayaran Masuk:
  • Dewasa: RM10.00
  • Kanak-Kanak: RM6.00



 4. Mini Malaysia & “Asean Culture Park”


Jika anda berminat untuk mengenali rumah budaya orang Malaysia, anda boleh mengunjungi Mini Malaysia. Terdapat 14 rumah daripada pelbagai negeri yang dipamerkan di sini.

Di samping itu, turut diadakan beberapa persembahan kebudayaan bagi menarik lebih ramai pengunjung. Harga tiket masuk adalah RM15  bagi dewasa. Manakala untuk kanak-kanak RM 8. Dibuka daripada jam 9 pagi sehingga 5 petang.



5. Melaka Wonderland


Merupakan tarikan terbaru Negeri Melaka iaitu “Melaka Wonderland”. Ia adalah Taman Tema Air yang terbaru diwujudkan  dan bertempat sekitar Air Keroh Melaka. Pasti menyeronokkan! Selain Taman Tema Air,berhampiran “Melaka Wonderland” juga ada terdapat  “Dinosaur Park”.

Taman Tema Air                     Dewasa      Kanak-Kanak                   
Selasa hingga Jumaat              RM28.00     RM22.00
Sabtu & Ahad                           RM32.00      RM27.00
Orang tua                                 RM16.00      RM16.00


“Dinosaur Park”                    Dewasa        Kanak-Kanak                 
Selasa hingga Jumaat             RM15.00       RM10.00
Sabtu & Ahad                          RM15.00       RM10.00
Orang tua                                RM10.00       RM10.00



6. Menara Taming Sari


Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir Melaka (bersebelahan Datara Pahlawan).

Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Ia adalah Menara Berputar jenis Gyro, yang pertama di Malaysia.

Kos pembinaannya menelan belanja sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari. Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa.

Dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam

Untuk pelancong asing
  • Harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang.


Manakala untuk pemegang Mykad
  • Harga tiket dewasa RM10, kanak-kanak RM5


Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.



7. Kota A Famosa Melaka


Peninggalan penaklukan Portugis Kota A Famosa ialah landmark Negeri Melaka. Kubu yang dibina oleh kerajaan Portugis pada 1511 ini kononnya kebal menahan serangan pihak lawan yang datang daripada arah laut.

Namun, kubu ini musnah akibat serangan bertalu-talu daripada pihak Belanda tetapi bahagian depan Kubu ini masih kukuh dan tersergam sehingga ke hari ini. Kubu A’Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak seragam bentuknya dan di hadapan kubu ini terdapat sebilah meriam besi yang sering diabadikan pengunjung untuk merakamkan kenangan.



8. Jonker Street


Jika anda ke Melaka, harus singgah ke Jonker Street atau Jonker Walk yang terletak di Melaka Chinatown. Jalan yang kecil ini terkenal sebagai tempat penjualan pelbagai jenis barangan termasuk barang-barang peninggalan sejarah.  Bagi penggemar barangan antik, anda wajib datang ke tempat ini.








Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan dibimbing FROM ZERO to HERO..

Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.



Comments

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]