Water Birth


Assalamualaikum…


Proses kelahiran yang biasa kita dengar dan alami adalah secara normal ataupun pembedahan (caesaran), tetapi ada satu lagi kaedah yang mula mendapat tempat di hati ibu-ibu hamil sekarang iaitu bersalin di dalam air.






Kaedah ini sudah popular di negara luar tetapi masih belum popular di negara kita.Sesuai dengan namanya, melahirkan dalam air atau dalam bahasa Inggerisnya disebut ‘water birth’ merupakan proses persalinan yang dilakukan di dalam air.


Cara ini telah menjadi alternatif baru untuk melahirkan si bayi. Bersalin di dalam air merupakan satu pengalaman yang menakjubkan kerana sangat berbeza daripada bersalin secara biasa.Kesakitan yang dialami juga tidak seteruk proses bersalin sebelumnya malah proses persalinan ini mengambil masa yang agak cepat dan lebih tenang.


Persoalan Yang Sering Diperkatakan…

Persoalan biasa yang kita dengar apabila ditanya mengenai kaedah bersalin dalam air ini adalah:

“Selamat ke bersalin dalam air?”

“Baby tak lemas ke nanti?”

“Tak sakit ker?”



Bayi Tidak Lemas

Sebenarnya kaedah ini akan mengurangkan kesakitan bagi si ibu dan mengurangkan kesan trauma pada bayi yang baru lahir kerana air suam mampu membuatkan ibu tenang ketika berendam semasa menanti saat kelahiran bayi.


Persoalan mengenai samada bayi yang baru lahir itu lemas tidak timbul kerana bayi yang baru lahir tidak terus bernafas jadi tidak mungkin bayi akan lemas. Ini kerana bayi yang dilahirkan tidak akan bernafas selagi dia belum terdedah kepada udara.


Kronologinya selepas bersalin adalah setelah bayi dilahirkan, doktor atau jururawat akan membersihkan muka dan badan bayi lalu diangkat keluar dari air, seterusnya baru tali pusat dipotong. Justeru, tidak timbul persoalan “bayi lemas di dalam air”.



Selamat Dan Kurang Sakit


Teorinya, air memudahkan otot dan kulit untuk meregang dan ada berpendapat proses kelahiran didalam air lebih cepat daripada proses kelahiran biasa.


Proses bersalin dibuat di dalam kolam yang berisi air suam yang telah disteril dalam lingkungan suhu 34 – 36 celsius supaya hampir kepada suhu badan si ibu. Apabila bukaan sudah masuk 6-7 inci si ibu akan diminta masuk ke dalam kolam.


Selalunya si ibu yang memilih kaedah ini jarang meminta ubat tahan sakit. Hanya 5% sahaja yang meminta epidural, sedangkan dalam kelahiran biasa 66% mereka meminta diberikan epidural. Sepanjang proses kelahiran si ibu akan diawasi oleh doktor dan jururawat terlatih.



Cara & Kaedah Bersalin Dalam Air


Sebelum Bersalin


  • Si ibu yang memilih kaedah bersalin dalam air ini digalakkan untuk membuat persiapan yang rapi sebelum melakukan proses bersalin.
  • Anda perlu pastikan tidak mempunyai penyakit kelamin sebelum memilih kaedah persalinan ini.
  • Ibu yang hamil anak kembar tidak digalakkan menggunakan cara persalinan di dalam air.
  • Si ibu digalakkan melakukan senaman yoga,meditasi,latihan bernafas, dan berjalan di tempat yang tenang seperti pantai.
  • Anda juga perlu minum air yang banyak untuk mendapatkan tenaga secukupnya untuk membantu semasa proses bersalin.
  • Pastikan anda membuang air besar terlebih dahulu sebelum bersalin dalam air.



Semasa Proses Bersalin


  • Menggunakan air hangat dalam lingkungan 34°-36°,air yang bersih dan bebas daripada kotoran seperti ubat,bahan kimia dan virus.Penggunaan air yang hangat dapat membuatkan vagina si ibu menjadi elastik dan mempercepatkan proses bersalin.
  • Si ibu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu dan pastikan posisi bayi berada dalam keadaan yang betul.
  • Si ibu juga perlu menjalani latihan meneran terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kolam untuk melancarkan proses bersalin dan untuk memastikan anda mempunyai banyak luka.
  • Apabila rahim si ibu telah terbuka antara 6cm-7cm si ibu sudah boleh dibawa masuk ke dalam kolam berisi air hangat untuk proses bersalin berbanding bersalin secara biasa yang memerlukan rahim terbuka sebanyak 10cm.



Kelebihan Bersalin Dalam Air


Kelebihan Kepada Ibu


  • Kaedah bersalin dalam air ini mampu memberikan ketenangan kepada si ibu kerana air yang hangat lebih menjamin keselesaan si ibu semasa bersalin dan mampu melupakan masalah atau kerisauan yang bakal di alami semasa melahirkan anak.
  • Kaedah ini juga mampu mempercepatkan proses bersalin.Hal ini kerana apabila rahim ibu sudah terbuka sebanyak 6cm atau 7cm mereka sudah boleh melahirkan anak berbanding bersalin secara biasa yang memerlukan 10cm.
  • Selain itu, si ibu lebih bebas bergerak mengikut keselesaan mereka dan mampu menghilangkan rasa gentar yang sedia ada.
  • Kesakitan yang di alami juga tidaklah sesakit bersalin secara biasa kerana proses bersalin dalam air menggunakan kaedah yang lebih tenang dan mudah.
  • Pendarahan juga adalah amat sedikit dan meninggalkan luka yang tidak terlalu banyak.


 Kelebihan Kepada Bayi


  • Risiko untuk bayi minum air ketuban adalah sangat rendah berbanding bersalin secara kaedah biasa.
  • Bayi yang dilahirkan lebih ringan dan mudah untuk keluar dan tidak menyebabkan banyak masalah berlaku serta melancarkan proses bersalin.
  • Kulit bayi yang dilahirkan lebih bersih dan sihat.



Jadi, bagaimana dengan para bakal ibu. Adakah anda bersedia untuk melahirkan bayi anda dengan kaedah bersalin dalam air? Ada berani?







Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan dibimbing FROM ZERO to HERO..

Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.




Comments

  1. Borgata Hotel Casino & Spa - MapYRO
    Find addresses, see photos and reviews for Borgata Hotel Casino 사천 출장샵 & Spa 제천 출장샵 in 안성 출장샵 Atlantic City, 논산 출장샵 NJ. 창원 출장안마 Borgata Hotel Casino & Spa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda disini: [TQ]